NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Bekas Penolong Jurutera Maidam Dipenjara, Denda



KUALA TERENGGANU – Bekas penolong jurutera Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Terengganu (MAIDAM) hari ini dijatuhi hukuman penjara sebulan dan denda RM32,000 oleh Mahkamah Sesyen di sini bagi kesalahan mengemukakan tuntutan palsu pada 2015.

Syed Ahmad Izzudin Syed Abdullah, 35, dijatuhi hukuman itu selepas dia mengaku bersalah terhadap pertuduhan mengemukakan tuntutan palsu berjumlah RM6,400 bagi pembekalan dan pemasangan karpet di Surau Al-Hijrah di Pejabat MAIDAM pada 29 Dis 2015.

Dia didakwa mengikut Seksyen 16 Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) 2009 dan boleh dihukum di bawah Seksyen 24 akta sama yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 20 tahun dan denda tidak kurang lima kali ganda nilai suapan atau RM10,000, mengikut mana lebih tinggi.

Hakim Mohamad Haldar Abdul Aziz turut memerintahkan tertuduh membayar RM3,000 sebagai kos.

Tertuduh diwakili peguam Wan Zainuddin Wan Musa dan pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya SPRM Amer Abu Bakar Abdullah – BERNAMA

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo