NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Aktivis Islam A Karim Omar meninggal dunia




Naib Presiden Pertubuhan Muafakat Malaysia (Muafakat), A Karim Omar meninggal dunia awal pagi ini.

Allahyarham yang juga aktivis Islam disahkan meninggal dunia di Hospital Ampang, kira-kira jam 8 pagi tadi.

Menurut kenyataan Ketua Pegawai Eksekutif Institut Kajian Strategik Islam Malaysia (IKSIM), Prof Datuk Mahamad Naser Disa, jenazah boleh diziarah di rumah abangnya di Taman Permata, Ulu Kelang selepas jam 10 pagi.

Jenazah Allahyarham akan disembahyangkan di Masjid as-Sobirin, Lembah Keramat selepas solat Zohor.

Allahyarham giat menulis artikel-artikel antaranya berkaitan ancaman Evangelis, perjuangan musuh Islam, termasuk mendedahkan buku-buku menggerakkan agen Kristianisasi.

Selain itu, Allahyarham juga terlibat aktif dalam aktviti gabungan NGO Islam bagi memartabatkan perjuangan Islam di Malaysia.

Sumber: https://www.ismaweb.net/2018/06/28/aktivis-islam-a-karim-omar-meninggal-dunia/

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo