ADUN Selangor angkat sumpah jawatan


Wakil tunggal PAS dalam Dewan Undangan Negeri Selangor. Dun Sijangkang.
YB Dato' Dr. Ahmad Yunus Bin Hairi.. Permata PAS Selangor

SHAH ALAM, 12 Syawal 1439H, Selasa – Lima puluh lima daripada 56 Anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) Selangor hari ini mengangkat sumpah jawatan pada Mesyuarat Pertama Penggal Pertama Dewan Undangan Negeri (DUN) ke-14 di sini.

Majlis angkat sumpah itu dimulai dengan Menteri Besar Selangor yang baharu, Amirudin Shari yang juga ADUN Sungai Tua, diikuti 10 anggota Exco dan ADUN yang lain.

Mereka mengangkat sumpah di hadapan Speaker yang baharu dilantik, Ng Suee Lim.

ADUN Sungai Kandis, Mat Shuhaimi Shafiei tidak hadir atas faktor kesihatan.

Sebelum itu, Ng, 47, yang juga Setiausaha Publisiti DAP Selangor mengangkat sumpah sebagai Speaker menggantikan bekas ADUN Subang Jaya, Hannah Yeoh Tseow Suan yang kini Anggota Parlimen Segambut.

ADUN Paya Jaras daripada PKR, Mohd Khairuddin Othman, 47, pula dilantik sebagai Timbalan Speaker menggantikan bekas ADUN Bangi daripada PAS, Mohd Shafie Ngah.

Pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14), 9 Mei lepas, Pakatan Harapan kekal memerintah Selangor apabila mendapat majoriti dua pertiga dengan memenangi 51 daripada 56 kerusi DUN, iaitu PKR memperoleh 25 kerusi, DAP (15), Parti Amanah Negara (lapan) dan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (tiga).

Barisan Nasional (BN) pula kehilangan lapan daripada 12 kerusi DUN yang dimenangi pada PRU13, apabila hanya mengekalkan kerusi DUN Sungai Panjang, Hulu Bernam, Sungai Burong dan Sungai Air Tawar.

PAS pula hanya mampu memenangi satu berbanding 12 kerusi DUN yang dimenangi sebelum ini iaitu Sijangkang.- Bernama
Labels:
Reactions:

Post a Comment

[blogger]

1Media.My

{facebook#facebook.com/1mediaonline} {twitter#YOUR_SOCIAL_PROFILE_URL} {google-plus#YOUR_SOCIAL_PROFILE_URL} {pinterest#YOUR_SOCIAL_PROFILE_URL} {youtube#YOUR_SOCIAL_PROFILE_URL} {instagram#YOUR_SOCIAL_PROFILE_URL}

Contact Form

Name

Email *

Message *

Powered by Blogger.
Javascript DisablePlease Enable Javascript To See All Widget