NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Adakah Guan Eng akui ramai Cina tak fasih bahasa Melayu?




Presiden Persatuan Peguam-Peguam Muslim Malaysia (PPMM), Datuk Zainul Rijal Abu Bakar menggesa kerajaan mengambil segala langkah yang perlu bagi memartabatkan Bahasa Kebangsaan.

Melihat kepada situasi terbaharu melibatkan kenyataan akhbar Menteri Kewangan, Lim Guan Eng yang disiarkan terjemahannya dalam bahasa Mandarin, beliau berkata, ia adalah satu perkara yang tidak munasabah dan mendukacitakan.

"Sekiranya benar kenyataan dalam bahasa Mandarin tersebut dibuat oleh Menteri Kewangan ia sangatlah mendukacitakan dan melanggar peruntukan Seksyen 2 Akta Bahasa Kebangsaan 1963 walaupun ia sekadar terjemahan.

"Adalah amat tidak munasabah saya sebagai seorang warganegara Malaysia tidak dapat memahami kenyataan akhbar yang dibuat Menteri Kewangan kerana ia tidak dibuat di dalam Bahasa Kebangsaan kerana kadang-kadang terjemahan tersebut dileraikan dari teks asal. Malah, saya perlu mencari bantuan teknologi bagi mengetahui apa yang hendak disampaikan Menteri Kewangan.

"Adakah Menteri Kewangan mengakui ramai orang Cina yang masih tidak fasih berbahasa Kebangsaan. Bagaimana pula orang India, Iban, Kadazan, Punjabi dan lain lain lagi kenapa tidak pula teks bahasa ibunda mereka juga disediakan?," katanya menulis dalam di Sinar Harian, hari ini.

Mengulas lanjut, beliau berkata, Bahasa Kebangsaan memang sudah lama dipinggirkan kerajaan dahulu, namun, kerajaan baharu diharap tidak meminggirkannya.

"Walaupun kerajaan terdahulu mungkin mengabaikan pemerkasaan Bahasa Kebangsaan ini diharapkan kerajaan baru ini tidak mengambil jalan yang lebih terkebelakang berkaitan Bahasa Kebangsaan. Seharusnya segala langkah perlu diambil bagi memartabatkan Bahasa Kebangsaan. Bahasa kebangsaan adalah jati diri negara.

"Bahasa kebangsaan adalah bahasa perpaduan rakyat Malaysia. Meminggirkan bahasa kebangsaan memberi pelbagai implikasi perundangan, sosial dan boleh mendatangkan syak wasangka di kalangan rakyat.

"Peri pentingnya bahasa kebangsaan di Malaysia sudah tidak boleh dinafikan lagi. Ia menjadi alat untuk kemajuan negara dan menjamin persefahaman antara rakyat," katanya.


No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo