NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

6 Kesalahan Trafik Yang Mesti Anda Tahu

0


Polis fokus enam kesalahan utama jalan raya dalam usaha mengurangkan kadar kemalangan di negeri ini terutamanya menjelang musim perayaan

Trafik fokus enam kesalahan


IPOH – Polis Perak akan memfokuskan enam kesalahan utama jalan raya dalam usaha mengurangkan kadar kemalangan di negeri ini terutamanya menjelang musim perayaan.

Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) negeri yang baharu, Superintendan Ahmad Adnan Basri berkata, kesalahan itu adalah memandu melebihi had laju, tidak mematuhi lampu isyarat, memotong kenderaan di garisan berkembar, memotong barisan kenderaan, memandu di lorong kecemasan dan menggunakan telefon bimbit semasa memandu.


“Statistik tahun lalu menunjukkan jumlah kemalangan raya adalah sebanyak 38,581 kes dengan 683 merupakan kemalangan maut, 290 parah dan 271 pula kemalangan ringan.

“Manakala, sehingga Mei lalu, sebanyak 15,880 kes dilaporkan. Daripada jumlah itu, 308 kes kemalangan maut. 89 parah dan 97 kes pula kemalangan ringan. Penguatkuasaan dilaksanakan agar jumlah kemalangan itu dapat diturunkan,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Serah Terima Tugas KJSPT yang disaksikan Ketua Polis Perak, Datuk Hasnan Hassan di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Perak di sini, semalam.

Ahmad Adnan, 48, mengambil alih jawatan daripada Deputi Superintenden Abd Aziz Abd Rahman yang memangku jawatan itu bagi menggantikan Superintenden Wan Jamil Wan Chik yang bersara wajib pada 18 Mei lalu.

Menurutnya, pengalaman yang dimilikinya sebagai Timbalan JSPT Kuala Lumpur digunakan sebaik mungkin bagi memantapkan pasukan itu.

“Diharapkan  saya mendapat kerjasama daripada semua pegawai dan anggota dalam melaksanakan tugas sebaiknya bukan sahaja musim perayaan tetapi Sukan Malaysia (Sukma) akan datang.

“Memegang mandat baharu ini bukanlah satu tugas yang mudah namun ia adalah satu tanggungjawab dan amanah yang perlu dilaksanakan dan diberi keutamaan,” katanya.


Sumber:
http://www.sinarharian.com.my/edisi/perak/trafik-fokus-enam-kesalahan-1.842912

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo