NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

50 NGO Serah Memo Desak LGE Hormat Bahasa Melayu

MEMORANDUM mendaulatkan Bahasa Melayu Dalam Pentadbiran Kerajaan Malaysia telah diserahkan kepada wakil Menteri Kewangan, Lim Guan Eng oleh lebih 50 pertubuhan bukan kerajaan (NGO).

Penyerahan memorandum yang diketuai oleh Penasihat Majlis Perundingan Melayu (MPM), Tun Hanif Omar menuntut Kementerian Kewangan mendaulatkan Bahasa Melayu dalam pentadbiran kerajaan.

Lapor akhbar tempatan, memorandum empat muka surat itu telah diterima Setiausaha Bahagian Strategi Korporat dan Komunikasi Kementerian Kewangan, Suhaili Ahmad.

Antara inti pati memorandum berkenaan menggesa Guang Eng untuk menggunakan Bahasa Melayu dalam semua urusan rasmi pentadbiran kerajaan dan menarik balik semua dokumen yang telah dinyatakan dalam Bahasa Mandarin.

Selain itu, memorandum tersebut juga turut menyatakan supaya pihak kerajaan perlu menjadi contoh pemimpin yang menggunakan Bahasa Melayu dan menghormati Bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan.

Ekoran tindakan Guan Eng menggunakan Bahasa Mandarin dalam kenyataan rasmi yang dikeluarkan baru-baru ini, Hanif bersama tokoh-tokoh terkemuka negara, ahli-ahli, Gabungan Persatuan Penulis Nasional Malaysia (Gapena), MPM serta NGO-NGO lain mengadakan bantahan sebagai tanda tidak setuju tindakan menteri tersebut.

Kesemua pemimpin dan wakil NGO yang terlibat menunaikan solat Jumaat di Masjid Putra sebelum berarak sejauh satu kilometer ke kementerian itu. – Mynewshub.tv

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo