June 2018
#1MDB #BAJET2018 #H355 #PRU14 #ROHINGYA #RUU164 #RUU355 1 lawan 1 1MEDIA 1MediaTV 3penjuru A Kumaresan Abdul Rahman Malik ABIM Advertorial Advertorial Fastaqim 2.0 AES Afghanistan AG AGAMA AIR AKTA 164 Alang Ibn Shukrimun Algeria Aljazeera amalmedia Amerika ANALISA Anwar Ibrahim Arak ARTIKEL Azwan-Azmin Bahasa BAITUL MAQDIS Bajet 2019 Bandar Tun Razak Banjir Bayan Linnas bencana BERITA BERITA UMUM BERNAMA Bersatu BIASISWA Big Data BN BOMBA BR1M Brazil BRIM Bukit Kukus Calon Johor Calon Kelantan Calon Perlis Calon Selangor Calon SeMalaysia Calon Wilayah Persekutuan CAP Cars Cikgu Azizan CIMB City COMANGO Cuaca Cuba Cuepacs Cukai DAP Dato' Iskandar A. Samad Datuk Ahmad Faris Abdul Halim DBP Dewan Rakyat Dhia Hani Dr Awang Azman Awang Pawi Dr Faris Marwan Dr Khairuddin Aman Razali Dr Mohd Zuhdi Marzuki Dr Muhammad Fathi Yusof Dr Riduan Mohamad Nor Dr Tanaka Mustafa Dr. Amini Amir Abdullah Dr. Fathi Yusof Dr. Kamarul Yusoff dunia DUNIA ISLAM ECRL Editorial 1Media EKNOMI EKONOMI ENGLISH Entertainment Fashion FELCRA Felda FGV Fikri Allaudin FOMCA Food Flotila for Arakan Mynammar(FFAM) Foods Gagasan OKU Muqarabun Gagasan Sejahtera GALERI Gallery GAMIS gaza GERAKAN Getah Global GMMF Gombak GPMS GPS Grab Graphic Design GST hadi awang Hari Raya Herman Samsudeen HFMD HIDS Hijau.FM Himpunan Kebangkitan Ummah HINDRAF HSR ICERD ICR IG iGuru Ijtimak Antarabangsa Perpaduan Ummah 2017 Ijtimak Kelantan 2017 Ijtimak Perpaduan Ummah 2017 IKATAN IKSIM IMAMS INDONESIA INFO insiden IPTA IRC IRI Islam ISMA Israel ISU JAKIM Jamal Khashoggi jenayah Johor KAHWIN Kalam Perantau kanada karya Kedah Kelantan kembara Kerajaan Teknokrat kesihatan KESIHATAN DAN GAYA HIDUP Khazanah KIRIMAN kiriman pembaca komentar konflik Kongres Rakyat konspirasi Konvensyen Kebangkitan Ummah (KKU) Korban KPM KSN KWSP LEBAI Lee Chai Kee LEMBARAN SEJARAH LGBT Liberalisme LIPATAN SEJARAH LPT3 LRT 3 LTTE LUAR NEGARA M. Kamal Affandi MACMA MACSA Maghi Sining Nok Royak Mahamad Naser Disa Majlis Dakwah Negara Malaysia Sejahtera Manifesto Mapim MAPPIM MASJID MCA Melaka MEMALI MERDEKA Mesir meteor Geminids MH370 MIC Mohd Khairul Anwar al-Idrus Mohd Nor Hamzah Motion Design Motivasi Movies MP/ADUN PAS MPK MRT MRT2 Musa Awang Music MyAqsa MyBRAIN15 MyDeposit MyPPP N9 Nahas Lion Air nasional Nature Nazman Che Iberahim NGO NGO Pendidik Nigeria Nik Abduh NUTP Octoberfest Oktoberfest OSA P.PINANG PAC Pahang PAKATAN HARAPAN Pakistan PALESTIN PAN Pantau Malaysia Baru PAPISMA Parlimen PAS PBB PBS PCM Pelancongan PENA PENCEN PENGGUNA People Perak PERKASA PERKESO PERLIS PERSONALITI Pertanian PGSM PH PHM Phone Piala Malaysia pilihan PKR PNB POCA POLITIK POTA PPBM PPIM PPMM PPSMI Print Design PRK Balakong PRK Port Dickson PRK Seri Setia PRK Sg Kandis PRM Prof Madya Dr Mohd Izani Mohd Zain Prof Madya Dr Shamrahayu A Aziz PRU14 PRU15 PSM PTPTN Pulau Pinang Putra Radiohead Rajaluddin Ahmad Ramadhan RASUAH resepi RMK-11 RMK11 RON97 Roslan SMS ROYALTI Sabah SABAH & SARAWAK Sarawak Sebatan Syariah SeIPTI SELANGOR semasa Seni dan Kebudayaan Seniman Server Sg Kandis Short Shuhaimi Al-Maniri SKMM SOSMA Sports SPR sprm SST Suaram SUBKY LATIF sukan Surat Pembaca Surat Terbuka Swaziland Syed Ahmad Fadhli Syria Tahfiz Tahukah anda Tan Sri Jins Shamsudin Tanah Runtuh TATiUC Technology TEKNOLOGI TEKNORAT TEKSI Teras TERENGGANU Test TGNA TH tips Title tmp Tol Transgender Travel Trump tun m TURKI UbahTV UCP UEC UMMAH UMNO UNDANG-UNDANG Update USNO Video Wan Ahmad Fauzi bin Wan Husain WANITA waran tangkap Web Design ziarah kubur Zimbabwe Zin Mahmud


KUALA LUMPUR: Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi terus mendapat kepercayaan dan keyakinan ahli UMNO apabila beliau dipilih sebagai Presiden UMNO baharu bagi tempoh 2018-2021.

Keputusan itu sekali gus menjulang Ahli Parlimen Bagan Datuk itu yang sebelum ini menjalankan tugas pemangku Presiden UMNO sebagai Presiden UMNO kelapan.

Setakat jam 9.40 malam tadi, Ahmad Zahid memperoleh 93 undi, menewaskan empat pesaing lain antaranya dua nama besar UMNO iaitu bekas Ketua Pemuda UMNO, Khairy Jamaluddin yang juga Ahli Parlimen Rembau dan veteran UMNO, Tengku Razaleigh Hamzah selaku Ahli Parlimen Gua Musang.

Dalam pemilihan UMNO kali ini, Khairy memperoleh 51 undi, manakala Tengku Razaleigh ataupun Ku Li mendapat 23 undi.

Dua lagi pencabar kerusi berkenaan yang kurang dikenali iaitu ahli UMNO Bahagian Bandar Tun Razak Mohamed Iqbal Maricair dan ahli UMNO Bahagian Iskandar Puteri, Mohd Yusof [email protected], gagal memperoleh sebarang undi.

Mesyuarat perwakilan UMNO yang bermula hari ini membabitkan 191 bahagian dengan agenda utama hanya untuk memilih barisan kepemimpinan peringkat Bahagian dan Majlis Tertinggi bagi sesi 2018-2021.

Kemenangan Ahmad Zahid begitu signifikan pada pemilihan yang dianggap sebagai ibu segala demokrasi, selepas Barisan Nasional (BN) kecundang pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU-14).

Pemilihan kali ini juga amat bersejarah kerana sejak 1988 susulan tidak ada pertandingan untuk jawatan presiden dan timbalan presiden. Kali ini, ia dibuka untuk dipertandingkan.

Ahmad Zahid, 65, adalah Naib Presiden UMNO yang menjalankan tugas-tugas presiden parti mempunyai pengalaman luas lebih 30 tahun dalam bidang politik selain berpengalaman luas dalam bidang perniagaan perbankan.

Beliau juga pernah menjawat sebagai Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Dalam Negeri ketika era pentadbiran Datuk Seri Najib Razak sebagai Perdana Menteri.

Beliau kemudian menyandang jawatan Menteri Pertahanan (2009-2013) sebelum bertukar ke portfolio sebagai Menteri Dalam Negeri sejak 16 Mei 2013.

Berkelulusan Doktor Falsafah dalam jurusan Komunikasi dari Universiti Putra Malaysia (UPM), anak kelahiran Bagan Datuk, Perak itu mula menjadi anggota Kabinet sebagai Menteri di Jabatan Perdana Menteri (2008-2009) semasa pentadbiran Perdana Menteri, Tun Abdullah Ahmad Badawi.

Sebelum menjadi anggota Kabinet, beliau pernah berkhidmat dalam pentadbiran kerajaan sebagai Timbalan Menteri Pelancongan pada tahun 2004 dan Timbalan Menteri Penerangan (2006-2008).

Permulaan karier politiknya bermula 1984. Ketika itu, beliau bergiat aktif sebagai Ketua Pemuda UMNO Bahagian Bagan Datuk sehinggalah terpilih sebagai Ketua Pemuda UMNO Malaysia bagi tempoh 1996 hingga 1999.

Pada 1991, beliau dilantik sebagai anggota Dewan Negara selama satu penggal.

Bagi jawatan Naib Presiden, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob mendahului pencabar lain dengan 16 undi, sehingga jam 9.47 malam tadi.

Beliau disusuli Datuk Seri Mahdzir Khalid (12 undi), Datuk Seri Johari Abdul Ghani (15 undi), Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin (13 undi), Datuk Tajuddin Abdul Rahman (12 undi) dan Datuk Seri Ahmad Said (satu undi).

Sheikh Razali Sheikh Hamad masih gagal meraih sebarang undi buat masa ini.

Setakat jam 9.47 malam, bekas Menteri Besar Negeri Sembilan, Datuk Seri Mohamad Hasan mengesahkan jawatan sebagai Timbalan Presiden UMNO baharu dengan 75 undi.

Mohamad Hasan ataupun dikenali sebagai Tok Mat menewaskan bekas Ketua Penerangan UMNO, Tan Sri Annuar Musa yang memperoleh 55 undi.


PERMATANG PAUH-  PKR Permatang Pauh menggesa Kementerian Komunikasi dan Multimedia mengambil tindakan tegas terhadap individu yang menyebarkan isu solat Jumaat ditukar kepada hari Sabtu yang tular di Facebook dan beberapa media sosial.

Ketua Cabangnya, Amir Ghazali berkata, pada masa sama, pihak berkuasa agama seperti Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) perlu memainkan peranan kerana isu berkenaan dibimbangi boleh mencetuskan perpecahan dalam kalangan umat Islam.

Katanya, walaupun ketika ini isu berkenaan tidak berlaku, namun langkah awal perlu diambil pihak berkuasa menerusi peruntukan undang-undang sedia ada.

“ Kami harap kerajaan menerusi kementerian berkaitan termasuk Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) pandang serius isu ini,”katanya selepas membuat laporan di Balai Polis Bukit Mertajam, Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Seberang Perai Tengah (SPT), di sini hari ini.

Sementara itu, Ahli Jawatankuasa PKR Cabang Permatang Pauh, Saiful Reza Saiful Azmi berkata, pihaknya membuat laporan supaya polis dapat menyiasat tindakan kolumnis, Farouk A. Peru yang menyiarkan isu berkenaan menerusi portal berita.

“Kenyataan berkenaan telah menyentuh sensitiviti umat Islam. Saya berharap polis juga dapat menjalankan siasatan terhadap akaun Facebook iaitu Rakyat Malaysia Sejahtera yang mencipta pelbagai rekaan grafik bertujuan memanaskan isu ini,” katanya.

Pada masa sama, beliau menjelaskan isu berkenaan telah menimbulkan persepsi yang mana Kerajaan Pakatan Harapan menyokong konsep liberal sedangkan ia tidak benar.

http://m.utusan.com.my/berita/politik/pkr-buat-laporan-isu-solat-jumaat-ditukar-pada-hari-sabtu-1.699756


KUALA LUMPUR: Penggubalan Undang-Undang Antilompat Parti perlu dilaksanakan segera bagi memastikan ahli-ahli politik tidak meng­khianati kepercayaan para pe­ngundi.

Setiausaha Agung Pas, Datuk Takiyuddin Hassan berkata, menjadi satu kesalahan moral dan kod etika sebenarnya apabila ahli politik terlibat dalam perbuatan melompat parti.

“Walaupun undang-undang ini bersifat ‘silent’, tapi dari segi prinsipnya ia satu tindakan menipu dan mengkhianati pe­ngundi.

“Saya mencadangkan supaya undang-undang itu memasukkan klausa menggugurkan jawatan dan tidak membenarkan ahli yang lompat parti bertanding dalam Pilihan Raya Umum (PRU) akan datang,” katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini hari ini.

Tegas Takiyuddin yang juga Ahli Parlimen Kota Bharu, tanpa berbelah bahagi, beliau dan seluruh kepemimpinan Pas akan memberi sokongan 100 peratus kepada pihak yang membawa usul itu ke sidang Parlimen bulan depan.

Kata beliau, bagaimanapun kerajaan perlu memastikan undang-undang itu tidak mengganggu gugat Perlembagaan Persekutuan Artikel 10 (1) (c) yang membenarkan rakyat negara ini bebas berpersatuan.

“Lebih cepat lebih elok dan sebaiknya undang-undang itu berkuat kuasa ke belakang (retrospective effect),” katanya.

Pada 2010, mendiang Karpal Singh mengulangi desakannya supaya kerajaan mempertimbangkan penggubalan undang-undang anti-lompat parti atau kod etika untuk ahli politik bagi memastikan wakil rakyat yang keluar parti mengosongkan kerusi yang dimenangi.

Seterusnya pada 2015, bekas menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Azalina Othman menggesa kerajaan menggu­bal Undang-Undang Anti Lompat Parti (Anti-Hoping Laws) bagi memastikan kesetiaan dan integriti dalam politik.

Dalam pada itu, Naib Presiden Pas, Idris Ahmadmenempelak Ahli Parlimen Bukit Gantang, Datuk Syed Abu Hussin Hafiz Syed Abdul Fasal yang mengisytiharkan keluar UMNO dan Barisan Nasional (BN) setelah parti itu tewas dalam Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14), 9 Mei lalu.

Beliau berkata, tindakan Syed Abu Hussin Hafiz itu seolah-olah mengkhianati amanah para pengundi di Bukit Gantang yang memilihnya kerana parti yang diperjuangkan.

Malah, jelasnya, Syed Abu Hussin Hafiz juga telah menabur pelbagai janji kepada para pengundi di sana.

“Akhirnya pukul 4 petang, Syed Abu Hussin Hafiz isytihar keluar UMNO dan jadi ahli Parlimen Bebas. Janji bulan dan bintang sewaktu pilihan raya. Saya hendak tunggu 100 hari untuk edar janji khawasul khawas kepada pengundi Bukit Gantang. Supaya pengundi tuntut janji. Tiba-tiba dah isytihar keluar hari ini,” dakwanya dalam Facebook di sini hari ini.

http://m.utusan.com.my/berita/politik/laksana-segera-undang-undang-antilompat-parti-1.698861


AYER KEROH: Sekurang-kurangnya dua individu dicalonkan untuk dilantik sebagai Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) pada Sidang DUN Melaka Penggal Ke-15 yang dijadual diadakan pada 19 Julai ini.

Ketua Menteri, Adly Zahari, berkata individu yang dikenal pasti itu terdiri daripada ahli politik semasa Melaka dan keputusan mengenainya akan dimuktamadkan dalam tempoh beberapa hari sebelum sidang DUN berlangsung.

Beliau bagaimanapun tidak menolak kemungkinan Speaker DUN ketika ini, Datuk Wira Othman Muhammad disenaraikan semula sebagai calon jawatan berkenaan.

"Sama ada penyandang Speaker kekal atau tidak, akan kita memuktamadkan nanti," katanya pada sidang media di Seri Negeri, di sini, hari ini.

Baru-baru ini, Othman yang menyandang jawatan itu selama dua penggal bersama kerajaan Barisan Nasional (BN) dilaporkan bersedia menerima semula jawatan terbabit jika dilantik oleh kerajaan Pakatan Harapan (PH).

Malah, beliau juga dilaporkan akan menyertai satu daripada empat parti komponen PH jika diminta berbuat demikian.

Pada sidang media itu juga Adly mengumumkan lantikan baharu beberapa ketua jabatan negeri berkuat kuasa 2 Julai ini.

Ia membabitkan Jamzuri Ardani sebagai Pengurus Perbadanan Ketua Menteri (CMI) dan G Rajandran sebagai Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Kolej Sains dan Teknologi Antarabangsa Melaka (MiCOST).

Turut dilantik, Zaipul Anwar Zainu (CEO Institut Tun Perak); Azizan Hassan (Pengurus Besar MAIM Holdings Berhad); Zaini Zainal (CEO Melaka Halal Hub); Lim Kwol Thuan (CEO Perbadanan Bioteknologi Melaka), Farhan [email protected] (Bendahari Persatuan Bola Sepak Melaka) dan Wahab Ibrahim (CEO Pusat Dagangan Antarabangsa Melaka).

Katanya, kerajaan negeri juga bersetuju memansuhkan Bahagian K-Ekonomi, Jabatan Ketua Menteri Melaka (JKMM) dengan semua kakitangan sedia ada diserapkan ke Bahagian Teknologi Maklumat dan Komunikasi JKMM berkuat kuasa serta-merta.

Sumber: https://www.bharian.com.my/berita/wilayah/2018/06/442774/othman-dilantik-semula-speaker-dun-melaka



GAZA, 16 Syawal 1439H, Sabtu
– Dua rakyat Palestin, termasuk seorang remaja berusia 14 tahun, menjadi korban terbaharu kekejaman tentera rejim pengganas Israel, ketika tunjuk perasaan di Semenanjung Gaza, semalam.

Yasser Abu Al-Naja, ditembak di kepala ketika menyertai penunjuk perasaan di Khan Younes, dan meninggal dunia di hospital, kata kenyataan Kementerian Kesihatan Palestin.
Sementara itu, Mohammad al-Hamayda, 24, ditembak di utara al-Bureji tidak jauh dari tembok sempadan Gaza-Israel, pada hari yang sama.

Jurucakap Kementerian Kesihatan, Ashraf al-Qudra berkata, sehingga kini 135 rakyat Palestin terbunuh dan 14,000 lagi cedera sejak tunjuk perasaan 'The Great March of Return' yang menuntut mereka kembali ke kampung halaman yang diramas rejim Zionis, bermula 30 Mac lalu.
Sebahagian besar daripada yang cedera itu kerana ditembak, dan selebihnya terkena gas pemedih mata.
Pada masa sama, media melaporkan rakyat Palestin menjatuhkan dron milik rejim Zionis yang sedang merakam tunjuk perasaan itu. – Agensi

Sumber: https://www.ismaweb.net/2018/06/30/dua-rakyat-palestin-maut-ditembak-askar-rejim-pengganas-israel/


Cadangan pemimpin Pakatan Harapan (PH) untuk membekukan akaun bank PAS adalah satu langkah awal ke arah mewujudkan negara satu parti (one party state). Negara-negara komunis telah mengamalkan sistem ini di mana hanya satu parti iaitu parti komunis dibenarkan wujud.

oleh: Dato' Iskandar
30 Jun 2018

Cadangan pemimpin Pakatan Harapan (PH) untuk membekukan akaun bank PAS adalah satu langkah awal ke arah mewujudkan negara satu parti (one party state). Negara-negara komunis telah mengamalkan sistem ini di mana hanya satu parti iaitu parti komunis dibenarkan wujud. Sebelum ini akaun bank UMNO telah dibekukan kerana dikatakan mempunyai hubungan dengan kes 1MDB.

Pada pilihan raya umum yang lepas, undi yang diperolehi PH adalah kurang dari 50 peratus. Sementara satu kajian menunjukkan tidak sampai 30 peratus pengundi Melayu mengundi PH. Undi majoriti orang Melayu dikongsi bersama oleh PAS dan UMNO.

Oleh itu kedudukan sokongan kepada PH adalah tidak kukuh. Mereka yang mengundi PH terutamanya ahli-ahli UMNO boleh pada bila-bila masa meninggalkan PH.

Satu jalan keluar bagi PH adalah untuk memastikan UMNO dan PAS tidak wujud lagi dengan membatalkan pendaftaran parti-parti tersebut. Langkah pertama adalah dengan membekukan akaun bank mereka. Langkah seterusnya mungkin dengan merampas aset dan akhir sekali membatalkan pendaftaran.

Kerajaan PH perlu melakukannya untuk mengukuhkan kedudukan mereka. Selain dari itu kegagalan mereka menunaikan janji-janji pilihan raya bermakna perhatian rakyat perlu dialihkan. Rampasan wang tunai dan barangan berharga yang cuba dikaitkan dengan bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak telah menjadi berita utama di dalam usaha untuk menutup kegagalan menurunkan harga minyak, kegagalan menghapuskan tol, kegagalan menurunkan kos sara hidup dan kegagalan-kegagalan yang lain.

Walau bagaimanapun yang patut membimbangkan rakyat adalah sebarang usaha untuk membunuh demokrasi. Sebelum ini seorang Menteri pernah mencabar ahli-ahli akademik yang tidak sehaluan dengan kerajaan PH meletakkan jawatan. Jika rakyat tidak membantah usaha-usaha ini negara, kita akan melihat Malaysia tanpa parti pembangkang atau parti-parti pembangkang yang telah "dimandulkan". Ini tidak baik untuk rakyat kerana tidak akan berlaku "check and balance" atau semak dan imbang.

Dato' Iskandar A. Samad adalah Naib Presiden PAS


Mesyuarat Ahli-Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Selangor Bil 18/2018 telah berlangsung pada 27 Jun 2018 di Tingkat 20, Bangunan SUK Selangor. Mesyuarat ini merupakan mesyuarat Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Selangor yang pertama dipengerusikan YAB Tuan Amirudin Shari setelah mengangkat sumpah sebagai Dato Menteri Besar Selangor yang ke 16 pada 19 Jun 2018.

Antara perkara utama yang dibincangkan dalam mesyuarat ini ialah pembahagian tugas mengikut portfolio di kalangan Ahli-Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Selangor. Berikut adalah senarai Ahli-Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Selangor dan portfolio mereka yang terbaru :


1. YAB Tuan Amirudin Shari diamanahkan memegang portfolio Pengerusi Jawatankuasa Tetap Kewangan, Pembangunan Tanah dan Pengurusan Sumber Alam, Pembangunan Generasi Muda & Sukan serta Komunikasi Strategik

2. YB Datuk Teng Chang Kim pula sebagai Pengerusi Jawatankuasa Tetap Pelaburan, Perindustrian dan Perdagangan Industri Kecil dan Sederhana.

3. YB Tuan V Ganabatirau sebagai Pengerusi Jawatankuasa Tetap Pemberdayaan dan Pembangunan Sosio Ekonomi dan Kerajaan Prihatin.

4. YB Tuan Ir Izham Hashim sebagai Pengerusi Jawatankuasa Tetap Infrastruktur dan Kemudahan Awam, Pemodenan Pertanian dan Industri Asas Tani.

5. YB Datuk Abdul Rashid Asari sebagai Pengerusi Jawatankuasa Tetap Kebudayaan dan Pelancongan, Peradaban Melayu dan Warisan.

6. YB Dr Shaharuddin Badaruddin memegang jawatan Pengerusi Jawatankuasa Tetap Hal Ehwal Agama Islam, Pendidikan, Pembangunan Modal Insan.

7. YB Tuan Ng Sze Han pula sebagai Pengerusi Jawatankuasa Tetap Kerajaan Tempatan, Pengangkutan Awan dan Pembangunan Kampung Baru.

8. YB Puan Haniza Talha memegang jawatan Pengerusi Jawatankuasa Tetap Perumahan dan Kehidupan Bandar.

9. YB Dr Siti Mariah Mahmud sebagai Pengerusi Jawatankuasa Tetap Kesihatan, Kebajikan, Pemberdayan Wanita dan Keluarga.

10. YB Tuan Hee Loy Sian sebagai Pengerusi Jawatankuasa Tetap Alam Sekitar, Teknologi Hijau dan Hal Ehwal Pengguna, Sains, Teknologi dan Inovasi.

11. YB Puan Rodziah Ismail sebagai Pengerusi Jawatankuasa Tetap Pembangunan Usahawan serta Pembangunan Luar Bandar, Desa dan Kampung Tradisi.

Selain itu, antara agenda penting yang lain ialah pelantikan Setiausaha Politik kepada Dato’ Menteri Besar Selangor yang baru. YB Hj Borhan Aman Shah, ADUN Tanjung Sepat telah mengangkat sumpah di hadapan Ahli-Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Selangor sebagai Setiausaha Politik kepada YAB Dato’ Menteri Besar Selangor.

Pejabat Dato’ Menteri Besar Selangor ingin menegaskan bahawa YAB Tuan Amirudin Shari tidak pernah melantik mana-mana individu atau syarikat bagi mewakili beliau dalam apa jua rundingan atau perjumpaan dengan individu, syarikat, agensi kerajaan ataupun badan swasta dan syarikat milik kerajaan negeri dan kerajaan persekutuan. Segala bentuk perjumpaan atau cadangan boleh disalurkan menerusi Pejabat YAB Dato’ Menteri Besar Selangor ataupun Sekretariat Unit Perancang Ekonomi Negeri (UPEN).

Dato’ Menteri Besar Selangor memberi ikrar akan terus mengemudi hala tuju pentadbiran kerajaan negeri dalam meneruskan kecemerlangan dan mengutamakan kebajikan rakyat dan negeri Selangor Darul Ehsan. Pentadbiran ini akan menjadi kerajaan untuk semua rakyat Negeri Selangor dan bekerja keras untuk memakmurkan negeri Selangor Darul Ehsan yang tercinta ini.


Sekretariat Akhbar
Pejabat Dato’ Menteri Besar Selangor
29 Jun 2018 / 15 Syawal 1439H



Bekas Gabenor Bank Negara, Tan Sri Dr Zeti Akhtar Aziz dilantik sebagai Pengerusi Kumpulan Permodalan Nasional Berhad (PNB) yang baharu, berkuat kuasa 1 Julai ini.

Dalam satu kenyataan hari ini, PNB berkata, pelantikan Zeti adalah menggantikan Tan Sri Abdul Wahid Omar yang meletakkan jawatan, berkuat kuasa esok.

Menerusi kenyataan itu, PNB mengalu-alukan pelantikan Zeti sebagai pengerusi baharu, sekali gus yakin dengan pengalaman luasnya untuk menerajui syarikat berkenaan.

"PNB turut ingin mengucapkan terima kasih kepada Tan Sri Abdul Wahid Omar atas sumbangannya sepanjang berkhidmat di PNB.

"PNB menghargai kepimpinan dan bimbingan Abdul Wahid sejak pelantikannya pada Ogos 2016," kata kenyataan itu.

Dalam kenyataan sama, PNB turut mengumumkan jawatan Pengerusi Yayasan Pelaburan Bumiputera (YPB) diambil alih Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad, berkuat kuasa 28 Jun.



KUCHING 29 Jun - Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) telah membekukan akaun bank Parti Rakyat Bersatu Sarawak (SUPP).

Presiden SUPP, Datuk Dr. Sim Kui Hian mengesahkan perkara tersebut dalam dalam satu kenyataan, di sini malam ini.

"SUPP menerima sepucuk surat daripada banknya menyatakan akaun ibu pejabat parti telah dibekukan selama tiga bulan bagi siasatan SPRM.

"SUPP akan akur dengan sebarang siasatan yang dijalankan oleh pihak berkuasa seperti yang diamalkan selama ini," demikian menurut kenyataan ringkas itu. - BERNAMA

MEMORANDUM mendaulatkan Bahasa Melayu Dalam Pentadbiran Kerajaan Malaysia telah diserahkan kepada wakil Menteri Kewangan, Lim Guan Eng oleh lebih 50 pertubuhan bukan kerajaan (NGO).

Penyerahan memorandum yang diketuai oleh Penasihat Majlis Perundingan Melayu (MPM), Tun Hanif Omar menuntut Kementerian Kewangan mendaulatkan Bahasa Melayu dalam pentadbiran kerajaan.

Lapor akhbar tempatan, memorandum empat muka surat itu telah diterima Setiausaha Bahagian Strategi Korporat dan Komunikasi Kementerian Kewangan, Suhaili Ahmad.

Antara inti pati memorandum berkenaan menggesa Guang Eng untuk menggunakan Bahasa Melayu dalam semua urusan rasmi pentadbiran kerajaan dan menarik balik semua dokumen yang telah dinyatakan dalam Bahasa Mandarin.

Selain itu, memorandum tersebut juga turut menyatakan supaya pihak kerajaan perlu menjadi contoh pemimpin yang menggunakan Bahasa Melayu dan menghormati Bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan.

Ekoran tindakan Guan Eng menggunakan Bahasa Mandarin dalam kenyataan rasmi yang dikeluarkan baru-baru ini, Hanif bersama tokoh-tokoh terkemuka negara, ahli-ahli, Gabungan Persatuan Penulis Nasional Malaysia (Gapena), MPM serta NGO-NGO lain mengadakan bantahan sebagai tanda tidak setuju tindakan menteri tersebut.

Kesemua pemimpin dan wakil NGO yang terlibat menunaikan solat Jumaat di Masjid Putra sebelum berarak sejauh satu kilometer ke kementerian itu. – Mynewshub.tv


KUALA LUMPUR 29 Jun - Lawyers for Liberty menggesa kerajaan memansuhkan Akta Majlis Keselamatan Negara (MKN) dan bukannya mengkaji semula.

Pengarah Eksekutif, Latheefa Koya berkata, Malaysia mempunyai beberapa undang-undang untuk menyelesaikan isu keselamatan negara termasuk Akta Pencegahan Keganasan 2015 (POTA) dan Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-Langkah Khas) 2012 (SOSMA) dan Akta Pencegahan Jenayah 1959.

"Akta MKN ini tidak perlu dikaji semula tetapi dimansuhkan terus seperti yang dijanjikan dalam manisfesto Pakatan Harapan (PH) sebelum ini dan Akta MKN jelas tidak mengikut prinsip demokrasi.

"Seharusnya, kerajaan hari ini menunaikan janji untuk bagi memastikan tiada penyalahgunaan kuasa seperti yang berlaku dalam pimpinan kerjaan terdahulu," katanya dalam satu kenyataan, di sini hari ini.

Semalam, Menteri Pertahanan Mohamad Sabu berkata, kerajaan akan melihat dengan serius sama ada MKN dikekalkan atau dimansuhkankan.

Beliau juga mahu pelaksanaan MKN tidak ditekan untuk menjadi alat menyokong parti politik. - UTUSAN ONLINE


Terima kasih saya ucapkan kepada semua yang terlibat dalam #KempenTerengganuBersih di Pantai Batu Buruk pada petang tadi. Kempen ini adalah kempen kesedaran kepada masyarakat secara khususnya untuk menjaga alam sekitar dan kebersihan. Sesungguhnya kotoron yang merata di tepian pantai boleh merosakkan pemandangan dan sekaligus mencacatkan ekosistem alam. 

Sempat saya catatkan di sini beberapa pihak yang terlibat dalam kesedaran kempen ini. 
1- Pemimpin masyarakat: Yb Hj Ahmad Amzad Hashim, Yb Ustaz Ahmad Shah Mohamed, Yb Ustaz Muhammad Khalil Abdul Hadi, Dr Balachandran dan Sdr Jefri Chua. 
2- Jabatan Kesihatan Negeri Terengganu 
3- Pelajar-Pelajar OUM dalam program khidmat komuniti mereka. 
4- Bridget Sukarelawan Khidmat Negara (BSKN)
5- Komuniti kaum India dan Tionghua. 
6- Ameerah dan Muslimat PAS Terengganu 
7- Anggota dari Jabatan Amal Terengganu 
8- Wakil dari Dewan Pemuda PAS Terengganu 
9- Dan pemimpin-pemimpin masyarakat lain serta individu yang saya tidak sempat tulis di sini. 

Usaha #KempenTerengganuBersih ini bukan terhenti setakat ini sahaja. Program-program lain akan terus dirancang bagi memberi kesedaran kepada masyarakat bahawa betapa pentingnya kebersihan persekitaran. Sekaligus negeri kita akan nampak cantik dan sejuk mata memandang. Kerja-kerja ini tidak lain semata-mata ingin memberi kesedaran kepada masyarakat agar menjaga alam sekitar. 

Dua perkara yang perlu saya beri penekanan  hasil dari #KTB di Pantai Batu Buruk tadi. 
1- Terdapat banyak puntung rokok yang dibuang segenap ceruk terutama di laluan pejalan kaki pantai Batu Buruk. Sedangkan Taman Rekreasi, Pantai Batu Buruk dan  Hospital Sultanah Nur Zahirah adalah kawasan yang telah diwartakan sebagai kawasan bebas asap rokok. Sejak tahun 2017 lagi Kerajaan Negeri Terengganu dengan kerjasama Jabatan Kesihatan Negeri Terengganu mewartakan kawasan tersebut sebagai kawasan Terengganu Bebas Asap Rokok (TBAR). Pewartaan kawasan tersebut adalah sesuai dengan perjanjian kawalan tembakau antarabangsa di bawah artikel 8 Perjanjian FCTC (WHO Framework Convention on Tobacco Control). Namun malang sekali terdapat segelintir masyarakat yang tidak mematuhi amaran yang dikeluarkan oleh pihak yang berwajib. Hasilnya, hampir setengah jam saya kutip puntung rokok dalam 5 meter radius sahaja sudah dapat kumpul lebih 100 puntung rokok. Menyedihkan keadaan ini berlaku di kawasan TBAR. 

2- Kebanyakan sampah adalah plastik polisterin bekas makanan yang dibuang dan botol air mineral. Dua bahan ini amat sukar untuk dilupuskan kerana pembakaran terbuka boleh mendatangkan mudarat kesihatan. Apa yang lebih membimbangkan lagi adalah tinggalan bekas plastik tersebut boleh menjadi sumber pembiakan nyamuk Aedes. Negeri Terengganu adalah salah satu negeri yang tidak pernah sunyi dari wabak denggi. Penyakit berjangkit ini merbahaya sehingga membawa maut. Seluruh negara sehingga kini sudah 50 kematian akibat demam denggi. Manakala 100 kes sudah dicatat di negeri Terengganu (statistik sehingga 28 Jun 2018). 

Justeru itu masyarakat perlu dididik untuk mengubah sikap. Pentingkan kepentingan kebersihan adalah tanggungjawab diri sendiri bukannya pihak majlis perbandaran masing-masing semata-mata. Pupuk nilai dan budaya ini dari bermula dari kecil hingga tua. Tanamkan budaya sihat ini bukan sahaja pimpinan tetapi setiap rakyat jelata. Semua lapisan tidak terkecuali demi menjadikan negeri kita Terengganu sinonim dengan jolokan Negeri Cantik Budaya Menarik. 

Sekian laporan dari 
Dr Suhazeli Abdullah
Fb.Com/drsuhazeli 
Aktivis #KempenTerengganuBersih
29.6.2018
Pantai Batu Buruk 

Kita nak jadikan bersih budaya org kita...
 #SapohTohoSendiri 
#BukanOrangkutik
#JumpeSapohKutik
#JangangBuangSapohNgateRawe


PUTRAJAYA 29 Jun. - Menteri Kewangan, Lim Guan Eng dituntut untuk memohon maaf kerana menggunakan bahasa selain Bahasa Kebangsaan dalam kenyataan rasmi kementerian berkenaan.

Bekas Ketua Polis Negara, Tun Hanif Omar berkata, perkara berkenaan perlu dilakukan kerana Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad juga mengakui perbuatan tersebut sebagai satu kesilapan.

“Bahasa Kebangsaan ialah bahasa yang dikhususkan untuk menyatupadukan rakyat pelbagai kaum, tiada bahasa lain, bahasa adalah jiwa bangsa.

“Kalau menteri langgar, itu harus ditentang, dia telah mengangkat sumpah untuk mempertahankan perlembagaan negara.

“Kita kena bantah supaya dia sedar, supaya dia kembali ke pangkal jalan,” katanya kepada pemberita ketika demonstrasi aman di hadapan Masjid Putra di sini hari ini.

Beliau bersama-sama tokoh-tokoh terkemuka negara yang lain bakal menyerahkan memorandum bantahan berkenaan ke Kementerian Kewangan di sini. - UTUSAN ONLINE



KAHERAH, 15 Syawal 1439H, Jumaat – Mesir hari ini menutup laluan sempadan Rafah dengan Semenanjung Gaza di kedua-dua arah selama tiga hari.

Perkara itu dimaklumkan Pejabat Penerangan Pusat Lintasan Rafah dalam satu kenyataan ringkas, hari ini.

"Pihak berkuasa Mesir mengarahkan supaya menutup persimpangan Rafah di kedua-dua arah selama tiga hari bermula hari ini sehingga Ahad," kata pejabat itu.

Bagaimanapun, dalam kenyataan pejabat berkenaan tidak dinyatakan sebab penutupan sempadan itu.
18 Mei lalu, Kaherah mengumumkan pembukaan pintu sempadan Rafah sepanjang bulan Ramadan, dan dilanjutkan sehingga semalam.

Pintu sempadan Rafah yang menghubungkan rakyat Palestin dengan dunia luar itu hanya dibuka secara berkala, selama beberapa hari setiap dua atau tiga bulan.

Semenanjung Gaza yang berdepan sekatan daripada rejim pengganas Israel hanya mempunyai tujuh lintasan sempadan menghubungkan rakyatnya dengan dunia luar.

Enam daripadanya dikuasai rejim Israel, dan hanya sempadan Rafah sahaja dikuasai Mesir, meskipun dikawal ketat selepas penggulingan bekas Presiden Mohamed Morsi dalam rampasan kuasa tentera pada 2013.- Agensi



KUALA LUMPUR: Tan Sri Abdul Wahid Omar berkata beliau akan berehat buat sementara waktu dan meluangkan masa bersama keluarga selepas meninggalkan Permodalan Nasional Berhad (PNB) berkuatkuasa 30 Jun 2018, kata beliau dalam satu kenyataan.

"Setelah 17 tahun 'berkhidmat untuk negara' ('national service') dengan syarikat-syarikat berkaitan Kerajaan bermula dengan Kumpulan UEM-Renong (2001-2004), Telekom Malaysia (2004-2008), Maybank (2008-2013), Kerajaan Malaysia (2013-2016) dan PNB (2016-2018), saya akan mengambil peluang ini untuk berehat sebentar dan meluangkan masa bersama keluarga," katanya.

Abdul Wahid turut melahirkan keyakinan terhadap kepimpinan Tan Sri Dr Zeti Akhtar Aziz dan Datuk Abdul Rahman Ahmad selaku Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan dalam membawa PNB menjadi firma pelaburan terkemuka dunia.

Wahid berkata pelantikan individu penuh integriti seperti Zeti akan memastikan peralihan kepimpinan Lembaga Pengarah PNB dengan lancar dan teratur untuk memastikan urusan pelaburan dan operasi Kumpulan PNB tidak terjejas.

"Ini merupakan satu kesinambungan tradisi kepimpinan PNB dari kalangan mereka yang ternama dan mempunyai reputasi integriti dan kebolehan yang tinggi bermula daripada Allahyarham Tun Ismail Ali dan kemudiannya Tun Ahmad Sarji. Sebagai Pengerusi yang ketiga, saya berbesar hati menyerahkan tugas kepada Tan Sri Zeti dalam kedudukan kewangan PNB yang terus kukuh dan reputasi kekal sebagai sebuah institusi nasional yang berintegriti." Katanya

Abdul Wahid mengetui PNB sejak 1 Ogos 2016 selepas tamat tugas sebagai Senator dalam Kabinet bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak.




Dalam menghadapi Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14) lalu, Kerajaan Pakatan Harapan (HARAPAN) menyatakan komitmen untuk menunaikan janji dalam tempoh 100 hari selepas mereka berkuasa seperti termeterai dalam manifesto 'Membina Negara, Memenuhi Harapan'.

Janji atau tawaran 100 hari HARAPAN, antaranya menstabilkan harga minyak dan memperkenalkan semula subsidi petrol secara bersasar, menghapuskan Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST) serta mengurangkan kos sara hidup menerusi pelbagai inisiatif peduli rakyat.

Janji lain termasuk menyamaratakan gaji minimum seluruh negara dan seterusnya memulakan proses meningkatkan gaji minimum, memperkenalkan skim caruman Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) untuk suri rumah dan menangguh bayaran balik pinjaman Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) kepada semua peminjam bergaji kurang RM4,000 sebulan.

HARAPAN juga berjanji mahu menghapuskan hutang peneroka FELDA, penghapusan tol, mewujudkan suruhanjaya dan jawatankuasa untuk menyiasat serta menangani isu menimbulkan kontroversi.

Namun, kini setelah hampir dua bulan HARAPAN memegang tampuk pemerintahan negara, tidak banyak komitmen janji manifesto mereka yang ditunaikan.

Hapus GST, isu 1MDB

Selain mengotakan janji penghapusan GST, mereka kini lebih banyak menumpukan usaha membongkar kesalahan didakwa dilakukan kerajaan terdahulu.

Ia termasuk isu 1Malaysia Development Berhad (1MDB) dan menukar ketua jabatan dan agensi kerajaan serta syarikat berkaitan kerajaan (GLC) yang didakwa menjadi penyokong pemerintahan sebelum ini.

Malah, ada antara janji yang telah ditunaikan seperti penghapusan GST, tidak memberikan impak seperti mereka canangkan iaitu mengurangkan kos sara hidup. Ini disebabkan penghapusan GST setakat ini tidak menyaksikan penurunan ketara harga barang dan perkhidmatan.

Sekiranya kerajaan HARAPAN benar-benar ingin membantu mengurangkan kos sara hidup rakyat, mereka sepatutnya segera menghapuskan tol dan menurunkan harga minyak kerana kedua-duannya adalah kegunaan harian sebahagian besar rakyat negara ini.

Kerajaan HARAPAN memberikan alasan masalah kewangan negara `lebih teruk' daripada yang dijangkakan untuk menangguh atau belum menunaikan janji manifesto 100 hari mereka.


Menteri Kewangan, Lim Guan Eng baru-baru ini mengumumkan kerajaan HARAPAN memutuskan untuk menangguhkan sementara beberapa inisiatif 'Janji 100 hari' sehingga keadaan kewangan negara bertambah baik.

Antara inisiatif akan ditangguhkan ialah subsidi petrol bersasar bagi kereta bawah 1300cc dan motosikal bawah 125cc, skim caruman KWSP untuk suri rumah, peningkatan gaji minimum, penangguhan bayaran balik pinjaman PTPTN untuk peminjam bergaji kurang RM4,000 sebulan dan Skim Peduli Sihat.

Sebaliknya, tindakan gopoh-gapah dan drastik kerajaan HARAPAN membongkar kesalahan kerajaan terdahulu dan menguar-uarkan hutang negara mencecah RM1 trilion, telah memberikan impak negatif ke atas ekonomi negara.

Ini terbukti apabila prestasi pasaran saham menjunam ke paras terendah dalam tempoh beberapa tahun apabila indeks FBM KLCI kini berada di sekitar 1,660 mata berbanding selesa di atas paras 1,800 mata sebelum PRU14.

'Kesan parah dana umum'

Prestasi buruk Bursa Malaysia menyebabkan pelabur asing menarik keluar lebih dari RM11 billion dana mereka daripada pasaran saham tempatan manakala kejatuhan jumlah nilai pasaran (Market Capitalization) semua saham disenarai di Bursa Malaysia dianggar sudah melebihi RM200 bilion.

Akibat kejatuhan nilai saham ini tentu telah memberi kesan yang parah kepada dana-dana umum seperti KWSP, Tabung Haji dan ASN/ASB.


Kegusaran komuniti pelabur terhadap suasana pentadbiran semasa negara ini turut menjejaskan prestasi ringgit yang kembali menyusut di atas paras RM4 berbanding dolar. Sebelum PRU14, ringgit diniagakan stabil di bawah RM4 berbanding dolar.

Jika suasana semasa tidak ditangani dengan segera dan berkesan, Umno bimbang ia akan memberi kesan lebih serius ke atas ekonomi negara, sekali gus menambahkan beban rakyat jelata dalam menjalani kehidupan seharian.

Kerajaan semasa seharusnya menghentikan atau sekurang-kurangnya meminimumkan kempen mencari kesalahan pihak lain. Sebaliknya, mereka perlu menumpukan usaha mengembalikan keyakinan rakyat dan pelabur terhadap Malaysia.



Haniff Omar pun turun demo bantah Guan EngLebih kurang 20 'pejuang bahasa' diketuai pemimpin dari Majlis Perundingan Melayu (MPN) dan Gabungan Persatuan Penulis Nasional Malaysia (Gapena) hari ini berkumpul di pekarangan Masjid Putra, Putrajaya sebagai membantah tindakan Menteri Kewangan yang baru, Lim Guan Eng mengeluarkan kenyataan tiga bahasa – Melayu, Inggeris dan Cina – ketika membincangkan isu Tun Razak Exchange, Khamis lalu.

Kumpulan itu sempat berkumpul kira-kira setengah jam selepas sembahyang Jumaat, sebelum beredar ke Kementerian Kewangan bagi menyerahkan memorandun bantahan berkenaan.

Bersama beberapa sepanduk, kumpulan itu melaungkan beberapa slogan, antaranya 'hidup Bahasa Melayu' ‘Bahasa Jiwa Bangsa’ dan 'sayangi Bahasa Melayu’.

Beberapa tokoh turut menyampaikan ucapan di demonstrasi itu, termasuk bekas ketua polis negara, Tun Hanif Omar yang juga Lembaga Penasihat MPM, bekas yang dipertua Dewan Negara, Tan Sri Abu Zahar Ujang, Anggota Lembaga Penasihat MPM, Tan Sri Abdul Aziz Abdul Rahman dan Ketua Dua Gapena, Amiruddin Md. Ali Hanafiah.

Isu Tun Razak Exchange

Mereka membantah tindakan menteri kewangan yang dilaporkan mengeluarkan kenyataan rasmi dalam bahasa Cina.

Kritikan terhadap Lim bermula apabila beliau mengeluarkan kenyataan dalam tiga bahasa – Melayu, Inggeris dan Cina – ketika membincangkan isu Tun Razak Exchange, Khamis lalu.

Lim bagaimanapun mempertahankan tindakan itu melalui satu kenyataan di Facebook, namun ia hanya dibuat dalam bahasa Cina yang menambahkan lagi kritikan terhadapnya.

Selepas itu Lim tampil menegaskan beliau mendukung dan mengutamakan bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar.

Lim juga berkata beliau tetap akan menggunakan bahasa lain dalam akaun media sosial dan Bahasa Mandarin dalam komunikasinya bersama akhbar Cina.

Dalam ucapan demonstrasi itu mantan ketua pengarah Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP), Datuk Dr Awang Sariyan menggesa agar Guan Eng yang juga Anggota Parlimen Bagan dikenakan tindakan atas Akta Hasutan 1948.

Akta Hasutan

Menurut beliau, tindakan dilihat cuba untuk memecahbelahkan perpaduan di kalangan masyarakat di negara ini.

"Dalam konteks kerajaan baharu kita harus tekad bukan buat satu pembaharuan yang menyimpang perlembagaan. Saya kira ini satu percubaan untuk memecahbelahkan unsur-unsur kenegaraan.

"Ini satu usaha yang sangat berbahaya, saya mencadangkan supaya Akta Hasutan digunakan bagi mereka yang mencabar perkara-perkara asas dalam pembentukan kenegaraan kita," katanya.

Kumpulan 20 'pejuang bahasa' itu mendakwa mewakili lebih 60 badan bukan kerajaan (NGO) yang menganjurkan demonstrasi aman di Masjid Putra itu kerana tidak berpuas hati dengan tindakan Guan Eng itu.


Sementara itu, Hanif (gambar) turut berkata Lim dilihat melanggar Perlembagaan Persekutuan yang memaktubkan bahawa segala urusan rasmi kerajaan harus menggunapakai bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar.

"Perkara harus ditentang kerana dia sepatutnya mengagungkan perlembagaan, dan dia pun dah ambil sumpah untuk mempertahankan perlembagaan kita dan undang-undang.

"Jadi itu satu kesilapan, Dr Mahathir pun buat satu kesilapan, tapi nampaknya dia berdegil jadi kita mestilah membantah supaya dia sedar. Kalau kita tak bantah, dia tak sedar.

"Jadi kita mesti bantah supaya dia sedar dan balik ke pangkal jalan," katanya.

Sementara itu Abdul berkata tidak salah untuk seorang menteri menggunakan bahasa lain selain bahasa Melayu untuk berkomunikasi namun perlu mengambil penetapan bahawasanya semua dokumen rasmi perlu menggunakan bahasa kebangsaan.

"Seorang menteri dia mewakili kerajaan (maka dia) hendak membuat apa-apa kenyataan atau sebagainya hendaklah dalam bahasa Melayu, tak boleh dalam bahasa lain.


"Nak cakap mana-mana di kedai kopi boleh tapi untuk bagi maksud rasmi tak boleh dalam bahasa lain melainkan bahasa Melayu," katanya lagi.

Kumpulan itu bersurai sejurus selepas menyerahkan memorandum tersebut kepada Setiausaha Bahagian Kewangan Suhaili Ahmad.

Dalam memorandum itu, mereka menuntut supaya Lim memahami kedudukan rasmi bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan yang termaktub dalam Perkara 152, Perlembagaan Persekutuan.


Oleh : Nasrudin bin Hassan
Ketua Penerangan PAS Pusat
https://m.facebook.com/kpenerangan

1. Cadangan untuk menamatkan monopoli BERNAS dalam industri beras adalah satu langkah tepat dan selaras dengan tuntutan PAS sebelum ini.

2. Tujuan asal penswastaan Lembaga Padi dan Beras Negara (LPN) sehingga menubuhkan Padiberas Nasional Berhad (BERNAS) pada tahun 1994 adalah untuk menguruskan simpanan stok negara secara sistematik, menstabilkan harga beras dan menjaga kebajikan para pesawah di samping memperoleh manfaat ekuiti daripada penswastaan tersebut.

3. Namun akhirnya, BERNAS telah didominasi oleh pihak korporat sepenuhnya pada tahun 2014 setelah dinyahsenarai daripada Bursa Malaysia dan menjadi institusi yang berorientasikan keuntungan semata-mata.

4. Mana mungkin sebuah syarikat persendirian dipertanggungjawabkan untuk lebih mengutamakan kebajikan sosial pesawah berbanding mengaut keuntungan syarikat jutaan ringgit setiap tahun? Matlamat asal BERNAS telah tersasar dan tidak ada institusi khas yang berwibawa untuk membela nasib mereka.

5. Terlalu banyak isu yang meliputi industri padi dan beras di negara kita. PAS berharap agar tindakan menamatkan monopoli BERNAS adalah langkah awal untuk memulihkan secara keseluruhan pelbagai masalah yang membelenggu setiap rantaian pembekalan dan permintaan beras di Malaysia.

6. Kita tidak hanya berhadapan dengan masalah pengimport tunggal beras sahaja, tetapi juga isu subsidi dan kos input pesawah, masalah kewangan pengilang dan pemborong, kawalan mutu serta kegagalan memenuhi sasaran Tahap Sara Diri.

7. Oleh yang demikian, penamatan monopoli BERNAS adalah aspek kecil yang perlu ditanggapi berbanding desakan solusi yang lebih menyeluruh. Ekoran itu,  kementerian juga digesa untuk menilai semula salah satu pilihan yang dilihat lebih baik ketika ini iaitu mewujudkan semula Lembaga Padi Negara (LPN) sebagai sebuah badan kawal selia yang lebih berkesan.

8. Disamping itu, LPN juga harus diberi mandat yang lebih luas untuk memantau setiap rantaian bekalan dan permintaan dari jelapang padi hingga ke pinggan rakyat.

9. PAS bersedia untuk bertemu dan berbincang bagi mencadangkan pelan yang konstruktif sementara pihak kementerian sedang membuka cadangan awam terhadap model baru pembekalan beras di Malaysia.

10. Kami sangat berbesar hati untuk berkongsi pandangan demi memastikan industri ini kekal ampuh seterusnya boleh meningkatkan tahap sekuriti beras pada tahap terjamin.

Sejahtera Bersama Islam

Sekian.


Satu sejarah akan iaitu sekitar jam 05:42 PM ( waktu Malaysia ) , 29 Jun 2018 apabila Nanosatelit milik UiTM iaitu UiTMSAT-1 akan ke Stesen Angkasa Antarabangsa ( ISS ) dengan menaiki
roket Falcon 9 SpaceX misi CRS-15 yang akan dilancarkan dari Cape Caneveral , Florida , USA .



* UiTMSAT-1 akan dilepaskan ke orbit dari Stesen Angkasa Antarabangsa pada 10 Ogos 2018 nanti .

* untuk menyaksikan detik - detik bersejarah ini , boleh saksikan secara langsung di :

https://www.nasa.gov/fb1d4c5c-b559-41c8-9a85-06c34ce0aa54

https://www.facebook.com/UiTMNanoSatellite.UITMSAT1/videos/187172428615280/


oleh: Syahir Sulaiman

Pada hari Rabu yang lepas, saya bertemu dengan dua anak muda yang menjadi penggerak utama kempen #Undi18, iaitu Saudara Tharma dan Saudara Azham.

Pertemuan tersebut diatur oleh Saudara Azham untuk kami bertukar pandangan, khususnya tentang inisiatif yang digerakkan oleh #Undi18 bagi menurunkan had umur layak mengundi daripada 21 tahun kepada 18 tahun.

Dalam pertemuan tersebut, mereka berkongsi tentang bagaimana tercetusnya idea ini, hinggalah kepada cabaran yang telah mereka hadapi, serta perancangan yang akan diambil bagi merealisasikan hasrat ini. Kagum saya dengan idealisma dan kesungguhan mereka.

Saya pula berkongsi pandangan dengan menyatakan dalam Islam, seseorang itu dikira sebagai bertanggungjawab (mukallaf) setelah mencapai umur aqil baligh, yang biasanya lebih awal daripada umur 18 tahun. 

Ini bermakna seseorang itu perlu bertanggungjawab dan dipertanggungjawabkan di atas setiap perlakuan, tindakan, dan ucapan setelah dikira ‘cukup umur’ mengikut syarak.

Malah sejarah Islam membuktikan pengiktirafan kepada ‘kematangan’ pemuda sejak zaman Rasulullah, antaranya dengan diberikan jawatan penting seperti penulis wahyu, perawi hadis, panglima perang, utusan dakwah, hakim dan guru ketika masih berusia belasan tahun seperti Saidina Ali, Saidatina Aisyah, Usamah bin Zayd, Mus’ab bin Umayr, dan Muaz bin Jabal.

Malah sejarah menyaksikan kejayaan Sultan Muhammad Al-Fateh membuka kota Konstantinopel (Istanbul, Turki) pada usia 21 tahun.

Saya turut berkongsi bahawa di dalam Perlembagaan PAS, kelayakan untuk menjadi Ahli PAS adalah Islam, warganegara, dan 'aqil baligh' mengikut hukum syarak, manakala pelajar IPT perlu mendapat kebenaran pihak universiti. 

Ini bermakna, PAS terkehadapan dalam mengiktiraf kematangan anak muda untuk berpatisipasi dalam politik di usia belasan tahun, walaupun had umur layak mengundi yang ditetapkan di Malaysia adalah pada usia 21 tahun.

Di akhir pertemuan, saya menyarankan agar #Undi18 merancakkan budaya dialog dan wacana di kalangan anak muda, mahasiswa, NGO dan parti politik; dan saya mendoakan agar usaha mereka berjaya.

Sekiranya berjaya (dan saya yakin akan berjaya), Pemuda PAS berhadapan dengan tugasan yang sangat besar untuk memenangi sokongan pengundi muda (gen-Y dan gen-Z), khususnya dalam aspek meningkatkan kesedaran dan kematangan politik (political education) di kalangan anak muda Malaysia.

Jom kita bertanya khabar dengan calon SPM, PT3 dan UPSR tahun ini, kerana mereka bakal menjadi pengundi dalam pilihanraya akan datang.

#KuasaAnakMuda
#MenujuCita

Syahir Sulaiman, Pengarah Strategi DPPM


NYANYI yang pernah popular dengan lagu Yang Remeh Temeh sekitar awal 1990-an, Pak Pandir atau nama sebenar Azmi Ali meninggal dunia di Hospital Kajang, Selangor kira-kira 4.30 pagi tadi.

Allahyarham yang berusia 62 tahun itu dimasukkan ke bahagian kecemasan kerana mengalami masalah tekanan darah rendah, buah pinggang dan paru-paru berair, Selasa lalu.

Malah, Allahyarham sempat berkongsi status keadaan kesihatannya termasuk wad diduduki kepada peminat di laman sosial Facebook bagi memudahkan mereka yang ingin melawatnya di situ.

“Kepada semua peminat, kawan-kawan, keluarga dan sesiapa yang mengenali saya dan tertanya-tanya benarkah saya dimasukkan ke wad sekali lagi, ya! Betul, kerana masalah tekanan darah rendah, buah pinggang, kandungan air di paru-paru.

“Keadaan saya tidak stabil. Saya sekarang berada di Hospital Kajang, katil nombor 24, wad 2, tingkat 1. Doakan yang terbaik untuk saya,” tulisnya awal pagi semalam.

Harian Metro pernah melaporkan penyanyi itu dimasukkan ke hospital sama akibat komplikasi ‘water retention’ dalam badan yang menyebabkan kedua-dua kaki bengkak pada April.

Allahyarham juga pernah mengalami batuk yang agak teruk sejak November tahun lalu dan menjalani pemeriksaan kesihatan kerana bimbang ia berkaitan dengan penyakit tibi.

Selepas menjalani beberapa ujian berkaitan, doktor mengesahkan ia sebenarnya berkaitan dengan kesihatan jantungnya yang mulai bengkak.

Bermula daripada situ juga, kakinya mulai bengkak sikit demi sikit malah Allahyarham sering mengalami masalah semput ketika melakukan aktiviti harian.

Disebabkan masalah kesihatan, Allahyarham tidak sempat mempromosi album terbaru yang sudah siap mengandungi enam buah lagu puisi.

Pak Pandir yang aktif sebagai pemuzik jalanan sekitar Putrajaya dan menetap di Kajang meninggalkan seorang isteri, Rosmi Salmiah dan tujuh anak serta tiga cucu.

Jenazah Allahyarham disembahyangkan di Surau Annur Kantan Permai, Kajang pada jam 9.30 pagi dan kemudiannya akan dikebumikan di Tanah Perkuburan Sungai Kantan. – myMetro Online



REKOD bersih Jepun berbanding Senegal membolehkan pasukan tunggal dari benua Asia itu melangkah ke saingan kalah mati bersama-sama dengan juara Kumpulan H, Colombia

Biarpun skuad Samurai Blue tewas tipis 1-0 kepada Poland dalam aksi terakhir kumpulan di Volgograd Arena, lewat malam tadi, pasukan tersebut tetap mara untuk aksi 16 pasukan terbaik Piala Dunia 2018 di Rusia.

Terdahulu, Senegal yang sudah pun tewas 1-0 kepada Colombia di Samara Arena dilaporkan berkongsi jumlah mata sama dengan Jepun selain bilangan jaringan gol kedua-dua pasukan itu secara kebetulan juga serupa.

Namun penentuan untuk muncul sebagai naib juara Kumpulan H ditentukan menerusi bilangan kad kuning paling sedikit diperoleh dua negara berkenaan sepanjang kempen pusingan awal.

Sepanjang tiga perlawanan Kumpulan H, Jepun telah kumpul empat kad kuning berbanding Senegal enam sekali gus membolehkan pasukan Asia itu melangkah ke saingan kalah mati bersama pendahulu kumpulan, Colombia.

Dalam perlawanan tersebut gol tunggal Poland dijaringkan oleh Jan Bednarek pada minit ke-59 manakala jaringan Colombia ketika menewaskan Senegal diperoleh menerusi Yerry Mina pada minit ke-74.

Colombia akan berdepan naib juara Kumpulan G iaitu England manakala Jepun akan menentang juara kumpulan tersebut, Belgium yang menewaskan skuad The Three Lions 1-0. – Agensi/Mynewshub.cc/HAA




BANGI, 15 Syawal 1439H, Jumaat – "Kenapa tidak digempur pusat maksit, pusat hiburan, pusat judi, pendatang asing? Kenapa pondok mengaji agama, anak yatim digempur."

Demikian antara keluhan dan kecaman netizen media sosial berikutan tindakan beberapa agensi pihak berkuasa yang menyerbu dan melakukan pemeriksaan di Pondok Kadir Al-Jaafar, Gua Tempurung, Gopeng, malam kelmarin.

Tular di media sosial mengenai serbuan oleh kira-kira 100 anggota penguat kuasa Pejabat Daerah dan Tanah Kampar; Jabatan Imigresen; Jabatan Agama Islam Negeri Perak (JAIP); Jabatan Kebajikan Masyarakat; Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK) dan polis.

Tindakan itu dikatakan dilakukan ketika pelajar sedang mengikuti kuliah agama. Pelajar turut diarah menjalani pemeriksaan air kencing bagi mengesan dadah, selain kad pengenalan dan butiran peribadi mereka diambil.

Difahamkan, pemeriksaan itu turut dilakukan kerana pondok berkenaan didirikan di atas tanah pihak lain.

Terkejut dengan tindakan itu, Menteri Besar, Ahmad Faizal Azumu mengarahkan pihak terbabit menyerahkan laporan lengkap.

"Saya telah mengarahkan pihak berkuasa yang terlibat dalam serbuan itu menyerahkan laporan lengkap kerana saya perlu tahu apa yang berlaku.

"Saya difahamkan ketika serbuan, pelajar yang sedang mengikuti kuliah agama diperiksa dan diminta untuk menjalankan ujian air kencing. Ini sesuatu yang pelik dan melampau," katanya kepada pemberita, semalam.


Sebahagian besar jawatan ketua UMNO Bahagian di Sabah dimenangi penyandang tanpa pertandingan termasuk Ketua UMNO Kota Belud, Datuk Seri Salleh Said Keruak yang kini menjalankan tugas Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Sabah.

Turut mempertahankan jawatan tanpa bertanding ialah Ketua UMNO Kimanis, Datuk Seri Anifah Aman; Datuk Bung Moktar Radin di Kinabatangan; Bendahari UMNO negeri, Datuk Hajiji Noor (Tuaran) serta bekas Menteri Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar Sabah, Datuk Masidi Manjun (Ranau).

Memetik laporan media Setiausaha Badan Perhubungan UMNO Sabah, Datuk Seri Yahya Hussin turut mengesahkan beliau tidak mempertahankan jawatan sebagai Ketua UMNO Bahagian Putatan pada pemilihan parti Sabtu ini.

“Lebih separuh jawatan ketua membabitkan 25 Bahagian UMNO di Sabah dimenangi tanpa bertanding, namun kemungkinan ada muka baharu pada pemilihan parti nanti.

“Pemilihan kali ini menyaksikan sebahagian besar ketua bahagian menang tanpa bertanding termasuk Papar (Datuk Abdul Rahim Ismail), Beaufort (Datuk Isnin Aliasnih), Sipitang (Datuk Sapawi Ahmad) serta Kota Kinabalu (Datuk Faisyal Hamdain Diego).

“Saya bagaimanapun tidak pertahankan jawatan sebagai Ketua UMNO Putatan pada pemilihan kali ini,” katanya yang dipetik sebuah portal berita.

UMNO Putatan menyaksikan kepemimpinan baharu apabila Timbalan Ketua Bahagian, Datuk Arsit Sedi menang tanpa bertanding.

Mengulas lanjut, Yahya yang juga bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah berkata, lebih tujuh bahagian menyaksikan berlaku pertandingan bagi jawatan ketua bahagian antaranya Kalabakan, Batu Sapi, Semporna, Sandakan, Libaran dan Tenom.

“Ini termasuk bahagian yang ditinggalkan selepas ketua mereka keluar UMNO atau Barisan Nasional (BN) iaitu Kudat dan Beluran,” katanya.

Selain bekas Ketua Menteri, Tan Sri Musa Aman yang tidak mempertahankan jawatan di bahagian Libaran, beberapa ketua UMNO bahagian dijangka tidak mempertahankan jawatan ialah pemangku Ketua UMNO Semporna, Datuk Nasir Sakaran; Ketua UMNO Tenom, Datuk Rubin Balang dan Datuk Mohd Yusof Apdal (Silam).



Wartawan Watan-Online



Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Datuk Seri Mohd Shukri Abdull menegaskan, tindakan pembekuan beberapa akaun bukan dilakukan badan itu, sebaliknya Pasukan Khas Siasatan 1Malaysia Development Berhad (1MDB).

Beliau berkata, pasukan khas berkenaan akan mengeluarkan kenyataan hari ini berhubung pembekuan 900 akaun yang mempunyai kaitan dengan siasatan skandal syarikat pelaburan strategik negara itu.

Bagaimanapun, beliau enggan mengulas lanjut perkara itu.

"Kita akan keluarkan kenyataan hari ini… Insya-Allah, bukan daripada SPRM, pasukan khas (yang akan keluarkan kenyataan)," katanya seperti dilapor akhbar tempatan.

Beliau yang merupakan salah seorang daripada ahli jawatankuasa pasukan berkenaan.

Jawatankuasa itu diketuai bersama bekas Peguam Negara, Tan Sri Abdul Gani Patail, bekas Ketua Pesuruhjaya SPRM, Tan Sri Abu Kassim Mohamed dan Pengarah Cawangan Khas Bukit Aman, Datuk Abdul Hamid Bador.


Bekas menteri dan ahli politik veteran Umno Tan Sri Syed Hamid Syed Jaafar Albar hari ini mengumumkan keluar dari parti itu selepas bersama selama beberapa dekad.

Dalam satu kenyataan hari ini beliau berkata Umno bukan lagi parti yang pernah dikenalinya suatu ketika dulu.

Bercakap kepada Malaysiakini Syed Hamid berkata juga berhasrat untuk menyertai Parti Pribumi Bersatu Malaysia.

"Malah BERSATU Kota Tinggi juga sudah meminta bantuan saya," katanya

Menjelaskan alasannya meninggalkan Umno, Syed Hamid berkata parti itu sekarang pertubuhan yang mementingkan diri sendiri dan hanya mengutamakan kelangsungan peribadi berbanding mengambil berat hal rakyat.

Menurut bekas pengerusi Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat itu menambah, beliau dilahirkan dalam keluarga pejuang Umno.

Justeru Syed Hamid melihat arwah ayahnya berkorban serta kecintaan terhadap parti dan negara menjadikan beliau benar-benar yakin kepada parti berkenaan

Selama beberapa dekad katanya lagi sebahagian besar hidupnya dihabiskan untuk Umno.

"Ini adalah parti yang benar-benar mengambil berat orang Melayu dan pada masa sama melayan bangsa lain secara sangat seimbang, adil dan pemurah.

"Parti ini bukan saja memperjuangkan orang Melayu tetapi begitu prihatin terhadap kepentingan rakyat tanpa mengira bangsa atau agama," katanya.

Enggan berpura-pura

Malangnya kata Syed Hamid sifat itu tiada lagi dalam Umno.

Walaupun perit, katanya, beliau terpaksa mengaku ideologi serta falsafah parti tersebut sudah diselewengkan, menyebabkan ia tidak lagi dapat bertolak ansur, mementingkan diri sendiri, malah lebih parah - tidak demokratik.

Syed Hamid yang mempunyai latar belakang undang-undang serta pernah berkhidmat sebagai menteri menambah, pemimpin Umno sekarang menjadi elit dan terpisah daripada realiti rakyat.

Lebih buruk, katanya, pemimpin yang sama itu menunjukkan sikap penafian yang melampau, mengetepikan ketelusan serta kedaulatan undang-undang untuk kepentingan peribadi.

"Kepemimpinan Umno sejak beberapa tahun kebelakangan ini memusnahkah imej, reputasi dan nama baik parti apabila membenarkan amalan salah guna kuasa serta rasuah," katanya.

Untuk rekod Syed Hamid ialah anak kepada seorang tokoh terkenal, Allahyarham Tan Sri Syed Jaafar Hassan Albar, yang digelar Singa Umno.

Dilahirkan di Kampung Melayu Air Hitam, Pulau Pinang, Syed Hamid pernah menjadi anggota Majlis Tertinggi Umno. Beliau juga diberi kepercayaan menjadi menteri di bawah tiga perdana menteri iaitu Tun Abdullah Ahmad Badawi, Datuk Seri Najib Razak dan Tun Dr Mahathir Mohamad.


Syed Hamid digugurkan daripada kabinet pada 2009.

Kata Syed Hamid, 74, selepas berpuluh tahun prinsip yang dipegangnya itu masih kekal di dalam dirinya.

Ironinya kata Syed Hamid keadaan itu menyebabkan beliau menyedari bahawa tidak ada sebab lagi untuknya kekal meneruskan perjuangan itu dalam Umno.

"Tidak pernah terlintas dalam kepala bahawa pada satu hari saya akan meninggalkan Umno, tetapi melihat apa yang ada pada hari ini, masalah yang sengaja diadakan, saya tidak mampu berpura-pura kononnya keadaan adalah terkawal," katanya.

KUALA LUMPUR: : Pengurusan Hal Ehwal Agama Islam perlu dipulangkan kepada Majlis Raja-Raja dan diletakkan di bawah bidang kuasa negeri, tegas Felo Pengajian Islam, Pusat Pengajian Islam Oxford, Datuk Dr Muhammad Afifi Al Akiti.

Menurutnya, negara memerlukan sistem semak dan imbang oleh Raja-Raja bagi kuasa Eksekutif Persekutuan dalam hal ehwal agama Islam.

“Kita perlu memastikan hal ehwal agama Islam tidak dipolitikkan,” katanya selepas mengadakan pertemuan dengan Majlis Penasihat Kerajaan di sini.

Tambahnya kuasa menteri berkaitan agama Islam juga perlu diminimumkan bagi mengelakkan salah guna kuasa.

“Kita tidak mahu menteri (hal ehwal agama Islam) terlalu berkuasa kerana bimbang wujud salah guna kuasa. Bidang kuasa agama dalam Perlembagaan terletak kepada Sultan," katanya.

Mengulas isu penambahbaikan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM), Dr Muhammad Afifi berkata, jawatankuasa yang ditubuhkan kerajaan sedang memperhalusi segala cadangan sebelum sebarang keputusan dicapai.

Beliau berkata semakan semula JAKIM bukan bermakna agama Islam tidak dijadikan keutamaan, sebaliknya mahu menjadikan Islam acuan Malaysia diterima pakai oleh sejagat.

“Kita mahu visi Islam nusantara dahulu yang berfikiran terbuka. Islam Nusantara di persada dunia sangat terkenal di negara barat dan negara Islam sendiri. Mereka merujuk kita sebagai contoh negara Islam terbaik.

“Kita perlu kembali ke zaman itu yang mana Islam wujud secara harmoni di sebuah negara berbilang agama. Ini aset penting negara.

“Saya berada di United Kingdom (UK) yang mana penduduk Islam adalah minoriti. Malaysia dijadikan contoh terbaik dan jika kita betulkan visi Islam kita, negara boleh 'mengeksport’ ajaran Islam yang betul ke UK," katanya.

Tambah Dr Muhammad Afifi, Mesyuarat Majlis Kebangsaan Hal Ehwal Islam (MKI) perlu diperkasakan bagi membolehkan isu-isu agama Islam diurus secara lebih ilmiah.

“Kita sudah ada MKI sejak sekian lama. Pada 1997 JAKIM diwujudkan dan menjadikan pengurusan agama Islam itu terlampau terarah ke peringkat Persekutuan. Ini isu yang perlu dilihat,” Katanya

MKI ditubuhkan 48 tahun lalu sebagai badan penyelaras pentadbiran agama Islam seluruh negara, dalam menyelaras atau menggalakkan persamaan perkara-perkara berkenaan dengan undang-undang, pentadbiran agama Islam dan pendidikan agama Islam.

Penubuhan jawatankuasa mengkaji kedudukan JAKIM diumum Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad pada 30 Mei bagi memastikan Islam tidak digambarkan sebagai agama yang zalim, keras dan tidak bertimbang rasa.

Gambar sekadar hiasan

JAKARTA – Tiga orang termasuk dua anggota polis maut di wilayah paling timur di Indonesia, Papua selepas pejuang pemisah melepaskan tembakan ke arah dua buah bot membawa pengundi dan anggota polis yang baru membuang undi dalam pilihan raya tempatan dikenali sebagai Pemilihan Kepala Daerah (Pilkada), kata polis.

Menurut pihak berkuasa, insiden berlaku di sebatang sungai di daerah Torere kelmarin dan menyebabkan tiga orang terbunuh, manakala tiga lagi anggota polis hilang.

Indonesia berada dalam keadaan siap siaga berhubung keganasan ketika Pilkada berlangsung kelmarin bagi memilih 171 datuk bandar, gabenor dan ketua daerah di seluruh kepulauan itu.

Jakarta menguasai Papua susulan satu pungutan suara yang disokong oleh Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu pada tahun 1969, enam tahun selepas pemerintahan penjajah Belanda tamat.

Keganasan kelmarin pula berlaku beberapa hari selepas kumpulan pemisah melepaskan tembakan ke arah sebuah lapangan terbang kecil di daerah Nduga, Papua yang mengakibatkan tiga orang maut dan seorang kanak-kanak cedera.

Sementara itu, pengiraan undi tidak rasmi Pilkada mendapati calon-calon pro-Presiden Joko Widodo mendahului di tiga wilayah di Pulau Jawa. Pulau itu didiami lebih separuh populasi Indonesia, negara demokrasi ketiga terbesar dunia.

Pemimpin Indonesia yang lebih popular dengan panggilan Jokowi itu dijangka bertanding untuk penggal kedua pada tahun 2019, menentang jeneral bersara, Prabowo Subianto yang kalah tipis empat tahun lalu. – Reuters/Kosmo Online

Sumber: http://www.kosmo.com.my/dunia/pilihan-raya-dicemari-keganasan-1.698851

1Media.My

{facebook#facebook.com/1mediaonline} {twitter#YOUR_SOCIAL_PROFILE_URL} {google-plus#YOUR_SOCIAL_PROFILE_URL} {pinterest#YOUR_SOCIAL_PROFILE_URL} {youtube#YOUR_SOCIAL_PROFILE_URL} {instagram#YOUR_SOCIAL_PROFILE_URL}

Contact Form

Name

Email *

Message *

Powered by Blogger.
Javascript DisablePlease Enable Javascript To See All Widget