Wan Azizah Dibidas Guna Pesawat Rasmi Bawa Keluarga



Pengasas Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM), Badrul Hisham Shahrin membidas sikap Datin Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail yang menggunakan pesawat rasmi kerajaan untuk membawa suaminya, Datuk Seri Anwar Ibrahim serta ahli keluarga yang lain.

Badrul Hisham atau lebih dikenali sebagai Chegubard berkata, sikap sedemikian tidak ubah seperti apa yang dilakukan oleh isteri bekas Perdana Menteri, Datin Seri Rosmah Mansor yang sering menggunakan pesawat rasmi bagi tujuan peribadi.

"Kita harap Kerajaan Pakatan Harapan tidak mengulangi sikap tidak elok. Rakyat sedang memerhati tindak-tanduk anda semua.

"Rata-rata netizen juga mempersoalkan keluarga Anwar dengan wajah gembira menggunakan pesawat rasmi kerajaan. Netizen turut menyifatkan tindakan keluarga Anwar itu bertentangan dengan hasrat untuk Malaysia Baharu.

"Memang Timbalan Perdana Menteri, Datin Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail ada hak menggunakan pesawat ini, namun adalah tidak wajar apabila beliau membawa mereka yang tidak sepatutnya," katanya kepada Watan Online pada Sabtu.
Labels:
Reactions:

Post a Comment

[blogger]

1Media.My

{facebook#facebook.com/1mediaonline} {twitter#YOUR_SOCIAL_PROFILE_URL} {google-plus#YOUR_SOCIAL_PROFILE_URL} {pinterest#YOUR_SOCIAL_PROFILE_URL} {youtube#YOUR_SOCIAL_PROFILE_URL} {instagram#YOUR_SOCIAL_PROFILE_URL}

Contact Form

Name

Email *

Message *

Powered by Blogger.
Javascript DisablePlease Enable Javascript To See All Widget