NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

UMNO sedia adakan pemilihan



Majlis Tertinggi telah menetapkan tarikh persidangan tahunan Cawangan UMNO dan Pergerakan sayap Wanita, Pemuda serta Puteri UMNO bermula Sabtu, 19 Mei 2018 sehingga Ahad, 10 Jun 2018. Manakala mesyuarat UMNO di peringkat bahagian ditetapkan pada Sabtu, 30 Jun 2018

UMNO bersedia mengadakan pemilihan seluruh jawatankuasa termasuk Majlis Tertinggi parti tersebut, ujar Setiausaha Agung UMNO, Datuk Seri r.

Menurutnya, Pendaftar Pertubuhan Malaysia (RoS) sebelum ini bersetuju memberi tempoh lanjutan berdasarkan peruntukan dalam perlembagaan parti.

"RoS bersetuju memberi tempoh lanjutan untuk penangguhan pemilihan peringkat Majlis Tertinggi tidak lebih daripada 18 bulan daripada tarikh yang sepatutnya iaitu 18 April 2018.

"Jadi RoS tidak mempunyai apa-apa halangan untuk membenarkan Pemilihan Majlis Tertinggi UMNO dijalankan selewat-lewatnya pada 19 April 2019," katanya menerusi satu kenyataan media yang dikeluarkan pada Sabtu.

Sehubungan dengan itu, beliau berkata Majlis Tertinggi UMNO telah menetapkan tarikh persidangan tahunan bagi cawangan dan sayap UMNO.

"Majlis Tertinggi telah menetapkan tarikh persidangan tahunan Cawangan UMNO dan Pergerakan sayap Wanita, Pemuda serta Puteri UMNO bermula Sabtu, 19 Mei 2018 sehingga Ahad, 10 Jun 2018.

"Manakala mesyuarat UMNO di peringkat bahagian ditetapkan pada Sabtu, 30 Jun 2018," katanya yang turut menegaskan persidangan ini akan dilaksanakan secara serentak dengna pemilihan parti di semua peringkat. - Wartawan Watan-Online

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo