NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Ummah Usulkan Kerajaan Perpaduan bagi Kedah dan Perak



oleh: Mohd Zai Mustafa

1. Meneliti perkembangan politik negeri Kedah dan negeri Perak yang dilihat kemenangan parti parti politik yang bertanding dan menang tidak mampu bersendirian menubuhkan kerajaan satu parti dengan majoriti yang mudah.

2. Demi kepentingan rakyat yang mesti diutamakan, maka dicadangkan ketiga tiga parti yang menang agar duduk semeja mengadakan rundingan bersama sama demi untuk  kepentingan rakyat dan kesejahteraan Ummah.

3. Rakyat sudah lama menanggung kesusahan suasana keadaan politik yang tegang dan tajam sebelum Pru ke 14 lagi , dan sebaiknya suasana politik damai dan harmoni dibentuk semula selepas parti parti politik memenangi pilihanraya.

4. Keadaan suasana politik yang tergantung (hung goverment ) sangat membebankan perasaan rakyat, kerana rakyat telah pun membuat keputusan dan sepatutnya ia dihormati oleh parti parti politik untuk berunding secara damai demi kepentingan rakyat.

5. Ummah mengecam pihak pihak yang membeli sokongan wakil rakyat yang menang bagi tujuan mendapatkan kuasa dan menubuhkan kerajaan.Politik seperti ini disifatkan sebagai politik kudeta ( coup d'etat ) merampas kuasa secara tidak sah. Bukan kerajaan yang sah daripada mandat rakyat.

6. Keputusan dan  cadangan daripada PAS yang menawarkan cadangan penubuhan kerajaan perpaduan merupakan satu alternatif yang bijak dan murni bagi mempertautkan kembali perasaan rencam perselisihan rakyat yang terluka akibat kempen politik parti parti yang bertanding.Peribahasa melayu, Biduk berlalu kiambang bertaut sepatutnya dihayati oleh orang melayu.

6. Ummah menyeru semua pihak parti parti politik mempamerkan model politik matang dan damai serta sejahtera untuk  kesejahteraan Ummah.


Mohd Zai Mustafa adalah Pengarah Sekretariat Ummah.

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo