UMMAH: Pilihanraya Negeri Adalah Penyelesaian Terbaik Mengatasi Keraguan Keabsahan Pembentukan  Kerajaan Negeri Kedah Darul Aman Selepas PRU-14




1. Gerakan Pembela Ummah, Negeri Kedah (UMMAH) gabungan 100 ngo Islam mengikuti secara dekat berhubung isu pelantikan Menteri Besar dan pembentukkan kerajaan baharu negeri Kedah Darul Aman selepas PRU 14.

2. Setelah meneliti dan mendapatkan pandangan dari pelbagai pihak, UMMAH berpendirian  bahawa pembentukan kerajaan baharu Negeri Kedah  amat meragukan keabsahannya di sudut Undang-Undang Tubuh Negeri Kedah.

3. Pendirian ini merujuk kepada kerajaan baharu yang dibentuk tidak mendapat mojoriti mudah yang diperlukan untuk membentuk sebuah kerajaan, sebaliknya kedudukan antara parti yang pemerintah iaitu Pakatan Harapan (PH) berbanding pembangkang (PAS dan BN) adalah seimbang iaitu 50 : 50 ataupun 18 Kerusi : 18 Kerusi. 

4. UMMAH turut dimaklumkan bahawa pelantikan Menteri Besar Kedah tidak mendapat sokongan dari mana-mana pihak parti pembangkang iaitu PAS maupun BN samada secara individu maupun “endblock”.

5. Sebelum ini, UMMAH dan rakyat Kedah berpendapat dan dimaklumkan melalui akhbar dan media bahawa pelantikan Datuk Mukhriz Mahathir sebagai Menteri Besar Kedah setelah mendapat sokongan dari mana-mana wakil rakyat Barisanan Nasional maupun PAS. Namun setelah proses pelantikan sebagai Menteri Besar selesai disempurnakan oleh Ke Bawah Duli Tuanku Al Sultan Kedah, rakyat dikejutkan dengan berita  penafian serta penegasan dari pihak yang kononnya di dakwa memberi sokongan kepada Datuk Mukhriz Mahathir tersebut adalah suatu pembohongan dan fitnah semata-mata. Sebaliknya, mereka tersebut kekal sebagai wakil Rakyat pembankang di DUN Kedah.

6. UMMAH melihat ada unsur yang meragukan serta memperdayakan rakyat dan Istana negeri kedah dalam perlantikkan Menteri Besar yang bertentangan dengan mandat rakyat.

7. Bagi UMMAH, jika difahami secara harfiah bahawa pelantikan  Datuk Mukhriz Mahthir sebagai Menteri Besar adalah bias dan tidak menepati kehendak yang termaktub dalam Undang-Undang Tubuh Negeri Kedah.Ini dibuktikan dengan permohonan Menteri Besar sendiri kepada blok Pas dan Umno untuk menyokong cadangan perlantikkan speker Dun Kedah, sedangkan beliau mendakwa mempuyai majoriti didalam Dun negeri Kedah.Dimana majoriti tersebut ?

8. Justeru, UMMAH berpendapat, penyelesaian terbaik ialah perlu diadakan suatu Pilihanraya Negeri dengan segera. Di mana, diserah kembali kepada rakyat negeri Kedah untuk membuat keputusan memberi mandat kepada mana-mana parti politik bertanding untuk membentuk sebuah kerajaan negeri Kedah yang lebih stabil dan absah di sisi undang-undang.

8. Bagi UMMAH, adalah tidak wajar kemelut ini terus dibiarkan berlarutan kerana ia akan merugikan rakyat dan negeri kedah.

9. Berhubung kebimbangan jika diadakan Pilihanraya Negeri akan menyusahkan rakyat serta menanggung kos yang tinggi, UMMAH berpandangan ia bukan lagi isu yang perlu dibangkitkan oleh mana-mana pihak. Ini kerana, keutamaan sekarang ialah memastikan kerajaan yang memerintah adalah mematuhi peruntukan Undang-Undang Tubuh Negeri Kedah, di samping ingin mengwujudkan sebuah kerajaan yang lebih stabil dan kukuh.

10. Hanya kerajaan yang stabil dan kukuh sahaja dapat menguruskan pentadbiran dan memacu pembangunan negeri dengan  lebih berkesan, melaksanakan janji-janji dalam manifesto, di samping menjadi faktor utama meningkatkan keyakinan pihak asing untuk melabur di negeri Kedah. Sebaliknya kerajaan yang lemah serta tidak stabil akan merugikan rakyat dan negeri Kedah.

11. Sesungguhnya, Pilihanraya Negeri juga merupakan suatu proses demokrasi yang digunapakai dalam kaedah mendapatkan mandat rakyat bagi sesebuah kerajaan. Lagipun, tidak ada jaminan kepada rakyat Kedah bahawa tidak akan berlaku Pilihanraya Negeri di masa depan, memandangkan kedudukan parti pemerintah yang tidak stabil dan lemah.

12. Oleh itu, UMMAH meminta semua parti-parti politik di negeri Kedah boleh berlapang dada dan mengutamakan kepentingan rakyat dan negeri Kedah. 

Ust Noor Hakimi.Abd Halim adalah Pengerusi Ummah Kedah
Labels:
Reactions:

Post a Comment

[blogger]

1Media.My

{facebook#facebook.com/1mediaonline} {twitter#YOUR_SOCIAL_PROFILE_URL} {google-plus#YOUR_SOCIAL_PROFILE_URL} {pinterest#YOUR_SOCIAL_PROFILE_URL} {youtube#YOUR_SOCIAL_PROFILE_URL} {instagram#YOUR_SOCIAL_PROFILE_URL}

Contact Form

Name

Email *

Message *

Powered by Blogger.
Javascript DisablePlease Enable Javascript To See All Widget