NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

UMMAH: Lestarikan agenda Islam sejajar Perkara 3 (1)


KENYATAAN MEDIA
PERUTUSAN PENGERUSI UMMAH
Rabu • 16 Mei 2018

UMMAH merupakan gabungan lebih 300 pertubuhan-pertubuhan Islam, ingin memanjatkan kesyukuran kepada ALLAH SWT kerana PRU14 yang diadakan pada 9 Mei 2018 yang lalu telah selamat berlangsung dalam suasana aman dan harmoni.

UMMAH ingin menegaskan bahawa akan memastikan usaha berterusan pihak pemerintah untuk melestarikan agenda Islam sejajar dengan Perkara 3 (1), Perlembagaan Persekutuan dalam bingkai Ahlus Sunnah wal Jamaah dan menolak faham liberalisme/pluralisme dalam semua perspektif.

UMMAH ingin menyuarakan kegusaran terhadap perkembangan senario politik dan suasana masakini yang mana terdapat unsur-unsur penghinaan terhadap Yang Di Pertuan Agung sebagai Ketua Tertinggi Negara serta usaha mencabar kesucian kedudukan Islam sebagai Agama bagi Persekutuan. Diharap tindakan segera diambil oleh pihak-pihak yang berwajib.

UMMAH ingin memberi peringatan bahwa pelantikan Menteri-Menteri seharusnya terdiri daripada mereka yang terbukti akan menjaga kesucian kedudukan Islam di dalam Negara ini tanpa komprimi.

Akhir kalam, UMMAH ingin menyeru kepada semua aktivis, pimpinan NGO-NGO Islam serta seluruh umat Islam amnya agar bersama kami dalam kenyataan ini.

ISMAIL MINA HJ AHMAD
Pengerusi
Gerakan Pembela Ummah
(UMMAH)

https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=173790146618855&id=136651590332711

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo