NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Ucapan Yang Jelas dan Mencambah.








Mengikuti temuramah TGHH di Astro Awani, menyerlahkan ketinggian ilmu, adab dan mantik beliau ketika berhadapan dengan soalan yang datang daripada pelbagai penjuru. 

Dalam ramai yang memuji dan berpuas hati dengan jawapan beliau, tidak kurang juga yang terus mengeji dan menyatakan TGHH tidak menjawab dengan spesifik, serta ucapan yang penuh falsafah dan kiasan.

Inilah beza gaya pemikiran, penulisan, dan ucapan seorang ulama berbanding orang kebanyakan.

Pengalaman saya menjadi moderator untuk tiga siri FB Live Presiden PAS (tajuk integriti, peluang pekerjaan, PAS king-maker); di samping membaca penulisan artikel-artikel beliau membuatkan kita boleh memahami gaya ungkapan kata seorang ulama yang penuh seni dan makna, antaranya:

1. TGHH akan memulakan dengan dalil Quran dan Hadith, serta pengajaran sejarah dan falsafah sebagai asas diskusi;

2. TGHH akan mengaitkan pemahaman dalil & falsafah dengan konteks semasa cth. situasi politik, ekonomi dan sosial negara;

3. TGHH akan berkongsi pengalaman yang dekat dengan beliau cth. pengalaman PAS di Kelantan & Terengganu, peranan beliau dalam krisis antarabangsa umat Islam dll;

4. TGHH akan menjawab pelbagai soalan terkumpul dengan satu jawapan yang tuntas, serta menafikan keraguan atau soalan susulan dengan jawapan yang sama (kaedah jame' & mane' dalam ilmu mantiq); dan

5. TGHH akan berseloroh dengan moderator dan audien di pertengahan diskusi, serta membawa contoh yang mudah untuk difahami semua.

"A discussion that leads to another discussion". Itulah nilai ilmu seorang ulama, ucapannya jelas, ideanya mencambah.

#tanyaTGHH

Syahir Sulaiman
28 Mei 2018

https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=2016234935293510&id=2009793029271034

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo