Ucapan sulung MB Terengganu





DR. Ahmad Samsuri (tengah) ceria bersama isteri, Tuan Faizah Abd Rahman, 49 (tiga dari kiri) serta ibu, Safiah Abd Latif, 77 (dua dari kanan) dan anak-anaknya selepas selesai majlis mengangkat sumpah sebagai Menteri Besar Terengganu ke-15 di kediamannya di Kampung Rusila malam tadi. - UTUSAN ONLINE/Farid Janudin



MARANG 11 Mei - Dr. Ahmad Samsuri Mokhtar yang baharu mengangkat sumpah sebagai Menteri Besar Terengganu malam tadi, buat pertama kali muncul menyampaikan ucapan awam di majlis Kuliah Jumaat di Masjid Rusila di sini har ini.



Yang turut hadir, Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang yang juga Ahli Parlimen Marang serta anaknya, Muhammad Khalil selaku Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Batu Buruk.


Dr. Samsuri yang merendah diri berkata, beliau tidak menyangka dipilih menerajui kerajaan negeri dengan suatu amanah yang sangat berat untuk dipikul.

"Sesungguhnya jawatan Menteri Besar, Exco, ADUN dan Ahli Parlimen sangat berat, tak mampu dipikul tanpa kerjasama tuan-tuan (rakyat). Kami yang dipilih ini perlu bimbingan tuan-tuan. Jika benar, ikutlah tapi kalau salah tegurlah, bantu dan bimbinglah kami.

"Saya seperti orang lain juga, orang kampung yang tak terfikir diberi amanah sangat berat ini. Saya juga suatu masa dulu panjat pokok kelapa untuk tampal poster dan sebagainya. Jadi,bimbingan tuan-tuan sangat diperlukan untuk terajui kerajaan Terengganu," katanya. 





Reactions:

Post a Comment

[blogger]

1Media.My

{facebook#facebook.com/1mediaonline} {twitter#YOUR_SOCIAL_PROFILE_URL} {google-plus#YOUR_SOCIAL_PROFILE_URL} {pinterest#YOUR_SOCIAL_PROFILE_URL} {youtube#YOUR_SOCIAL_PROFILE_URL} {instagram#YOUR_SOCIAL_PROFILE_URL}

Contact Form

Name

Email *

Message *

Powered by Blogger.
Javascript DisablePlease Enable Javascript To See All Widget