NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Tuan Ibrahim: Serangan pada Nik Omar melampau

0
Bagi pihak PAS, saya harap seluruh jentera parti memberi fokus kepada usaha gerak kerja meningkatkan sokongan kepada parti pada 9hb Mei nanti.

PAS juga berharap rakyat berhati-hati dengan permainan saraf dan berita palsu yang sengaja disebarkan untuk mencuri undi mereka berdasarkan matlumat dan berita palsu.



Dalam situasi media sosial yang terbuka, permainan saraf akan terus menyubur dan digunakan secara dahsyat untuk mencipta fitnah menipu rakyat untuk menolak musuh politik.

Contohnya, tidak mustahil ada musuh yang menyamar penyokong PAS lalu mengeluarkan kenyataan melampau dengan sengaja, tapi sebenarnya bukan dari ahli PAS.

Di dalam isu Nik Omar, bagi PAS, kenyataan yang dikeluarkan oleh Nik Abduh mewakili pihak keluarga beliau, dan tidak perlu ada kenyataan lain. Tindakan beliau bertanding atas tiket Pakatan Harapan adalah urusan dan pilihan beliau sendiri yang tidak perlu diperbesarkan.

PAS ingin tegaskan hanya kenyataan pimpinan utama sahaja adalah kenyataan rasmi parti. Manakala kenyataan lain, PAS tidak bertanggungjawab.

PAS menganggap sebarang kenyataan melampau yang menyerang beliau adalah tindakan yang keterlaluan.

Dalam sistem demokrasi yang diamalkan di Malaysia, seseorang itu bebas untuk memilih mana-mana parti yang diingini. Perkara ini bukan perkara baru dalam politik Malaysia. Terlalu banyak kes yang berlaku semasa atau sebelum ini.

PAS akan meneruskan kerja berkempen untuk meningkatkan sokongan rakyat sejajar dengan akhlak Islam dan Budaya Politik Matang dan Sejahtera untuk Malaysia sejahtera.

Tuan Ibrahim bin Tuan Man
Timbalan Presiden PAS.
1 Mei 2018

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo