NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Terjemahan Video Nga Persenda Mahathir Tersebar Di Media Sosial

0
DAP akan mempergunakan Dr Mahathir dan kemudianya beliau boleh pergi bermain mahjong bersama Lee Kuan Yew di "atas sana"

Video Kontroversi Nga Persenda Dr M

IPOH: Satu lagi video kontroversi membabitkan pengerusi DAP Perak Nga Kor Ming telah tersebar di Media Sosial.

Video durasi satu minit 53 saat itu diterbitkan di Laman Facebook "Gerak Perak" menampilkan Nga yang sedang bercakap di dalam ceramah, berkata bahawa Pengerusi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Pribumi) Tun Dr Mahathir tidak akan hidup lama.

Ketua DAP itu memberitahu hadirin bahawa DAP akan mempergunakan Dr Mahathir dan kemudiannya "beliau boleh pergi bermain mahjong bersama Lee Kuan Yew (bekas Perdana Menteri Singapura)".

Beliau juga menyanyikan lagu klasik Cina bertajuk "Good Bye My Love" sebagai tanda selamat tinggal selepas bekas PM itu sudah dipergunakan.

Calon Teluk Intan ini dikecam kerana menggunakan kata-kata berbaur perkauman dalam ceramahnya.

Nga menggesa hadirin membantu lelaki berusi 93 tahun itu (Dr M) untuk menjatuhkan kerajaan Barisan Nasional.

Beliau (Nga) berkata Lee Kuan Yew yang telah meninggal pada tahun 2015 sedang menanti (Dr M) di "atas sana" untuk bermain mahjong.

Sumber:
https://www.thestar.com.my/news/nation/2018/05/06/controversial-video-of-nga-on-dr-m-surfaces-on-social-media/

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo