NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Terengganu: Tak sampai 100 hari Kerajaan PAS Terengganu berjaya tunai manifesto beri air percuma 20m3 kepada rakyat






KUALA TERENGGANU - Kerajaan Negeri pimpinan PAS mula menunaikan salah satu daripada 20 manifesto yang ditawarkan kepada rakyat Terengganu, iaitu pemberian 20 meter padu air percuma kepada golongan miskin dan berpendapatan rendah.

Menteri Besar, Dr Ahmad Samsuri Mokhtar berkata, perlaksanaannya akan dibuat dalam masa terdekat, sebaik sahaja proses pentadbiran yang berkaitan selesai dibuat, termasuk dengan Syarikat Air Terengganu.


“Berbanding dengan sesi yang lepas, ada sedikit perbezaan daripada segi perlaksanaannya. Sebelum ini, hanya 20 meter padu percuma. Kalau guna 21 meter padu, mereka perlu bayar penuh 21 meter padu.



“Tapi kaedah yang kita buat, kita tetap berikan percuma 20 meter padu, mereka hanya perlu bayar satu meter padu. Mereka yang akan terlibat adalah yang tersenarai dalam e-kasih,” katanya ketika ditemui selepas mempengerusikan Mesyuarat Exco Kerajaan Negeri di Wisma Darul Iman, hari ini.

Selain itu, bagi mengelakkan kerenah birokrasi, kerajaan negeri mengambil keputusan agar sebarang proses permohonan yang melibatkan keperluan tandatangan Pengerusi JKKK ditiadakan.

Ini bermakna, sebarang permohonan yang berkaitan, rakyat boleh terus merujuk kepada majlis daerah.

“Borang itu kita akan kemas kini segera, mengambil kira keputusan yang terkini. Selepas ini, mereka boleh terus merujuk terus kepada majlis daerah jika memerlukan urusan tandatangan, tanpa perlu melalui Pengerusi JKKK,” katanya.

Sementara itu, mengambil kira kedatangan Ramadan, kerajaan negeri membuat keputusan untuk meneruskan pemberian dana raya antara RM300 hingga RM400, mengikut kelayakan masing-masing.

Pengagihan itu katanya, akan dibuat pada bulan Ramadan dan mengikut mekanisme yang ada.

“Perbezaan yang kita buat ialah, kita juga membuka kepada permohonan baharu. Mereka yang layak, boleh mohon. Ini bagi memberi ruang dan keadilan bagi mana-mana yang tercicir sebelum ini.

“Syarat bagi permohonan dana raya masih kekal dan permohonan boleh terus dibuat. Kita akan agihkannya sebelum hari raya,” katanya.

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo