Terengganu: Rakyat teruja kesederhanaan Menteri Besar




KHAIRUL AZLAM MOHAMAD
19 MAY 2018

MARANG: Jawatan yang tinggi dalam kerajaan negeri tidaklah menjadikan pemimpin PAS mudah lupa diri.

Dr Ahmad Samsuri Mokhtar yang dilantik sebagai Menteri Besar Terengganu yang baharu tidak berubah seperti kehidupan harian sebelumnya.




Semalam, beliau dan isteri meninjau di pasar mingguan di Kampung Rusila yang menjadi tumpuan ribuan rakyat setiap minggu.

Rutinnya, Presiden PAS, Dato' Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang pula menyampaikan kuliah pagi Jumaat di masjid berkenaan sejak lebih 30 tahun lalu.

Namun, apa yang menariknya Menteri Besar itu bersama isterinya turut berbelanja dapur membeli sayuran dan buah-buahan.

Orang ramai yang berada di pasar tersebut turut teruja apabila melihat pemimpin nombor 'wahid' negeri Terengganu itu tidak janggal turun sendiri ke pasar.

Malah, Harakah sempat merakamkan Dr Ahmad Samsuri yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Rhu Rendang berbelanja di pasar itu.

Maka, kesederhanaan yang ditunjukkan oleh Menteri Besar Terengganu itu wajar dicontohi oleh mana-mana pemimpin dan rakyat sekalipun.

Selepas selesai kuliah itu, Dato' Seri Tuan Guru Abdul Hadi turut mengimamkan solat dua jenazah di Masjid Rusila, Marang. - HARAKAHDAILY 19/5/2018

Dr Ahmad Samsuri mengambil wuduk di kolah Masjid Rusila.

Dr Ahmad Samsuri menyantuni peniaga di pasar pagi Jumaat Rusila.

Bersama isteri Tuan Faizah Tuan Ab Rahman membeli sayur.

Membeli serbuk kopi.

Memilih stokin.

Menyantuni orang ramai yang berada di pekarangan Masjid Rusila.






Labels:
Reactions:

Post a Comment

[blogger]

1Media.My

{facebook#facebook.com/1mediaonline} {twitter#YOUR_SOCIAL_PROFILE_URL} {google-plus#YOUR_SOCIAL_PROFILE_URL} {pinterest#YOUR_SOCIAL_PROFILE_URL} {youtube#YOUR_SOCIAL_PROFILE_URL} {instagram#YOUR_SOCIAL_PROFILE_URL}

Contact Form

Name

Email *

Message *

Powered by Blogger.
Javascript DisablePlease Enable Javascript To See All Widget