Terengganu Maju Berkat Sejahtera: Mampukah Dr Samsuri dan Exco penuhi kehendak rakyat?



Oleh: Mohd Shuhaimi Al-Maniri

Saya tertarik kepada ucapan Cikgu Daud sejurus selepas kuliah dhuha jumaat Tok Guru Hj Abdul Hadi di Masjid Rusila selepas, Dr Ahmad Samsuri Mokhtar menangkat sumpah Menteri Besar Terengganu pada malam sebelumnya secara sepontan menyebut,” lepas ni kalau nok jadi menteri Besar jugok kena mari tanding di Rhu Rendang lah”. 

Ucapan Cikgu Daud secara sepontan ini disambut oleh Tuan Guru semasa gilirannya berucap, dengan nada berjenaka menyebut, cikgu Daud pun mungkin jadi menteri besar pada 2008 jika dia bertanding pada pilihanraya tahun tersebut sebab Tuan Guru dah cadangkan dia bertanding. 

Penilaian terhadap kerajaan Terengganu pimpinan PAS (1999-2004) bertemakan ‘Membangun Menurut Islam’ pimpinan Dato’ Seri Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang telah selesai melaksanakan tugasannya dengan meletakkan kembali kedaulatan Islam dalam undang-undang tubuh kerajaan Negeri Terengganu. 

Perkara ini telah selesai dan tak perlu dibahaskan lagi. Ada pun kerajaan Terengganu Maju Berkat Sejahtera yang dipimpin oleh Dr Ahmad Samsuri Mokhtar,Adun Rhu Rendang yang juga Setiausaha Politik kepada Presiden PAS ini adalah kesinambungan kepada kerajaan Terengganu Membangun Bersama Islam yang dipimpin oleh Dato’ Seri Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang, mantan Adun Rhu Rendang sebelum ini. 

Analisa EXCO Kerajaan PAS di Terengganu

Ramai kawan-kawan bertanya, mampukah Menteri Besar dan exco kerajaan PAS pada kali ini bertugas memenuhi kehendak rakyat dan mentadbir kerajaan Terengganu bertemakan ‘maju berkat sejahtera’ berbanding kerajaan PAS (1999-2004) sebelum ini dengan lebih baik.

Sebagai pemerhati politik, saya mendapati perlantikan Menterui Besar dan exco kerajaan teknokrat PAS di Terengganu adalah mantap dengan merit tertentu mengikut kawasan pilihanraya dan kemampuan peribadi seseorang yang dipilih menjadi exco yang merupakan gabungan generasi pemuda dari zaman generasi pemerintahan selepas tahun 1999 dahulu.

Dari analisa ringkas berhubung kabinet exco kerajaan Terengganu pimpinan PAS kali ini, Menteri Besar diberikan kepada Adun Rhu Rendang juga. Hanya kawasan Marang dan Kuala Terenggnu sahaja didapati mendapat peruntukan dua kerusi exco. Sementara lain-lain kawasan parlimen diwakili oleh seorang exco dalam kabinet kerajaan Terengganu seperti sebelum ini.

Dua kerusi exco dari kawasan Marang diwakili oleh YB Ustaz Mohd Noor Hamzah, Adun Bukit Payong (Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Insan, Dakwah dan Penerangan) seorang graduan dalam bidang pengajian islam dan YB Arifin Deraman, Adun Alor Limbat (Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Kebudayaan dan Teknologi Maklumat) merupakan graduan dalam bidang Sains Komputer dan juga pengajian Islam .

Manakala exco dari kawasan parlimen Kuala Terenganu pula terdiri YB Dato Tengku Hassan Tengku Omar, Adun Ladang (Pengerusi Jawatankuasa Perdagangan, Perindustrian, Pembangunan Wilayah dan Kesejahteraan Pentadbiran) merupakan bekas pegawai tadbir kerajaan negeri Terengagnu yang berpengalaman luas dalam bidang ini dan YB ustaz Wan Sukairi Wan Abdullah, ADUN Wakaf Mempelam (Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Belia, Sukan dan NGO merupakan bekas pemimpin muda pemuda PAS dan juga aktivis NGO.

Setiap kawasan parlimen yang lain diwakili oleh seorang exco dimana Besut dan setiu memenagi satu sahaja kerusi DUN dalam parlimen berkenaan. Besut diwakili oleh YB Hj Nurkhuzaini Abdul Rahman, ADUN Kota Putra (Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Keusahawanan, Industri Mikro dan Hal Ehwal Penjaja) merupakan seorang graduan dalam bidang kejuruteraan dan juga usahawan dan dari Setiu yang merupakan kawasan pertanian pula diwakili oleh Dr Azman Ibrahim, ADUN Jabi (Pengerusi Jawatankuasa Pertanian, Industri Asas Tani dan Pembangunan Desa) . 

Manakala Kuala Nerus, Hulu Terengganu, Dungun dan Kemaman masing-masing menang 3 kerusi DUN dalm parlimen berkenaan. Bagi Hulu Terengganu, pencapaian kali ini lebih baik daripada tahun 1999 kerana berjaya menambah satu lagi kerusi DUN yang dimenangi iaitu Ajil yang menang dengan majiriti 4 undi. 

Prestasi di Kemaman, sama seperti tahun 1999 tetapin telah bertukar dari kerusi kijal yang dimenangi 1999 tetapi kalah pada kali ini tetapi menang Kemasek kerusi yang tidak dimenangi pada tahun 1999 dulu. Sementara di Dungun pula kurang satu kerusi bila Bukit Besi gagal dimenangi setelah beberapa kalim kira kalah dengan 26 undi. Tahun 1999 dahulu Bukit Besi dimenangi dengan 28 undi sahaja.

YB hanafiah Mat, ADUN Chukai (Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Wanita dan keluarga & Pembangunan Nasional mengambil alih portfolio Ustaz Awang Dagang, mantan ADUN Chukai (1999-2004) dahulu ExcoHal Ehwal Wanita dan Hubungan Antara Kaum.

Manakala Ustaz Saiful Bahri Mamat, ADUN Paka dari Dungun (pengerusi Jawatankuasa Perlaksanaan Syarian, Pendidikan dan Pengajianj Tinggi) seorang graduan pengajian islam imenggantikan peranan Ustaz harun Taib yang menjadi exco Pendidikan, dakwah dan Perlaksanaan Syariah pada masa kerajaan PAS (1999-2004). 

Dua lagi exco dari Kualoa Nerus dan Hulu Terengganu disandang oleh YB Dr Alias Abdul Razak, ADUN Bukit Tunggal (Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Perumahan, Kesihatan dan Alam Sekitar) dan YB Dr Mamad Puteh, ADUN Kyuala Berang (Pengerusi Jawatankuasa Infrastruktur, Kemudahan Awam, Utiliti dan Teknologi Hijau). Kedua-dua ini adalah doctor perubatan yang telah menjadi ADUN pada tahun 1999-2004 yang lepas.

Kesemua Exco ini sedang diteropong secara dekat oleh rakyat. Mereka perlu bekerja secara berpasukan bagi melaksanakan janji-janji PAS Terengganu dalam pilihanraya umum ke14 baru-baru ini. Kepada semua, selamat berkhidmat dan menyahutv seruan Menteri Besar yang menyeru, ‘AYUH BEKERJA BERSAMA KAMI’ bangunkan Terengganu “Maju, Berkat dan Sejahtera”. 
Labels:
Reactions:

Post a Comment

[blogger]

1Media.My

{facebook#facebook.com/1mediaonline} {twitter#YOUR_SOCIAL_PROFILE_URL} {google-plus#YOUR_SOCIAL_PROFILE_URL} {pinterest#YOUR_SOCIAL_PROFILE_URL} {youtube#YOUR_SOCIAL_PROFILE_URL} {instagram#YOUR_SOCIAL_PROFILE_URL}

Contact Form

Name

Email *

Message *

Powered by Blogger.
Javascript DisablePlease Enable Javascript To See All Widget