NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

SST: Pelaksanaan tidak bermula 1 Jun

 Tarikh sebenar pelaksanaan SST akan diumumkan kemudian.



PUTRAJAYA: Kerajaan tidak akan memulakan pelaksanaan Cukai Jualan dan Perkhidmatan (SST) pada 1 Jun ini.

Ketua Pengarah Jabatan Kastam Diraja Malaysia, Datuk Seri Subromaniam Tholasy dalam satu kenyataan, hari ini, berkata tarikh sebenar pelaksanaan SST akan diumumkan kemudian.

Namun, katanya, Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST) pada kadar sifar akan dikenakan pada bekalan barang serta perkhidmatan dibuat di dalam Malaysia serta diimport, bermula tarikh itu, berbanding enam peratus ketika ini.

Justeru, beliau berkata, semua peniaga perlu melaksanakan penurunan harga barang dan perkhidmatan berikutan pengenaan GST pada kadar sifar itu.

"Ketetapan ini terpakai di seluruh negara hingga dimaklumkan kelak.

"Semua peniaga yang berdaftar GST perlu mematuhi penetapan pengenaan kadar sifar ini. Mereka dikehendaki menyalurkan penjimatan daripada kadar standard enam peratus kepada kadar sifar, kepada pengguna dalam bentuk harga lebih rendah.

"Peniaga diseru untuk tidak mengeksploitasi hasrat kerajaan menurunkan harga dan seterusnya memberi manfaat kepada pengguna," katanya.

Subromaniam berkata, kerajaan akan mengambil langkah tegas bagi memastikan harga barang dan perkhidmatan ditetapkan, mematuhi Akta Kawalan Harga dan Antipencatutan 2011.

"Peniaga boleh merujuk kepada soalan lazim berkaitan tempoh peralihan enam peratus kepada kadar sifar yang dimuat naik di laman web: www.customs.gov.my dan portal: gst.customs.gov.my," katanya.

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo