NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Skim Mesra Usia Emas (SMUE) tetap akan diteruskan bawah PAS



BAYARAN RM1,000 KEPADA WARGA EMAS KETIKA MEREKA MASIH BERSAMA KITA.

Saya menerima banyak aduan dari warga emas bahawa mereka tidak mendapat manfaat dari Skim Mesra Usia Emas (SMUE).

Hanya waris mereka yang mendapat bayaran RM2,500 selepas mereka meninggal dunia.

Oleh itu, skim ini bukan satu insentif kepada mereka.

Mereka sepatutnya dihargai dengan memberi sebahagian dari bayaran tersebut kepada mereka.

Di bawah PAS, SMUE akan diteruskan tetapi warga emas akan menerima RM1,000 apabila mereka mendaftar.

Oleh itu, manfaat skim ini akan dikongsi bersama warga emas dan waris mereka.

Dato' Iskandar A. Samad
Calon PAS N.21 Pandan Indah
3 Mei 2018

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo