NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Serangan siber punca panggilan spam pada hari pengundian PRU ke14



SHAH ALAM - Serangan siber (BOTS) dikesan menjadi punca beberapa pemimpin melibatkan pelbagai parti politik menerima panggilan 'spam' sejak awal pagi lagi.

Dalam satu kenyataan, Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) berkata, pihaknya mengesan serangan BOTS dilakukan pihak tidak dikenali dari pelbagai sumber yang disasarkan kepada beberapa parti politik di negara ini.


"SKMM menerima beberapa aduan hari ini berhubung panggilan telefon yang kemudiannya dimatikan. Gangguan ini dialami secara berterusan oleh semua parti.

"Kami menggesa pihak berkenaan supaya segera menghentikan serangan teknikal itu kerana ia mengganggu rangkaian telekomunikasi yang bukan saja menyebabkan ketidakselesaan orang ramai, malah menjejaskan keselamatan," katanya dalam satu kenyataan dipetik dari laman sosial Facebook suruhanjaya itu.

Dalam pada itu, SKMM turut menasihatkan mereka yang menerima panggilan daripada nombor telefon tidak dikenali supaya tidak menjawabnya.

"SKMM dan pengendali rangkaian telekomunikasi akan terus menyiasat dan akan mengambil tindakan undang-undang terhadap pihak terbabit," katanya.

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo