NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Selangor: Insentif RM200 untuk kaum lelaki 40 tahun ke atas membuat pemeriksaan kesihatan



Di bawah PAS, setiap kaum lelaki 40 tahun ke atas di Selangor akan menerima insentif RM200 untuk membuat pemeriksaan kesihatan.

Pemeriksaan kesihatan ini penting agar sebarang penyakit yang dihadapi dapat dikesan terlebih awal dan seterusnya diberi rawatan perubatan.

Ramai yang mengetahui penyakit yang mereka hadapi terlalu lewat sehingga menyebabkan ia susah untuk dirawat.

PAS mahu rakyat sentiasa mengambil berat ke atas kesihatan mereka.

Insentif ini adalah bertujuan untuk mewujudkan masyarakat yang lebih sihat.

Dato' Iskandar A. Samad Calon PAS N.21 Pandan Indah 5 Mei 2018

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo