NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Saman Fitnah 90 Juta: Sarawak Report Diarah Bayar RM156,000 Kepada Hadi Awang

0

PAS menang saman fitnah Sarawak Report *

Perkembangan terkini dari mahkamah di London melaporkan bahawa Sarawak Report Kalah Permohonan Interlokutori (INTERLOCUTORY JUDGEMENT) dan Diarah Bayar RM156,000 (£28,900) Kepada Dato’ Seri Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang **.

Interlokutori bermaksud  permohonan dalam permohonan, iaitu Sarawak Report sebelum ini telah memohon membatalkan saman Hadi Awang. Dikatakan Sarawak Report mengemukakan dokumen pembelaan pembatalan ini setebal 50 muka surat. Namun mereka kalah. Kekalahan ini menandakan satu peluang baik bagi Hadi Awang untuk meneruskan saman dan memenangi kes ini.

Terdahulu Hadi Awang memberitahu pemberita bahawa berdasarkan laporan peguam yang dilantik bagi mengambil kes itu, beliau diberi gambaran untuk memenangi kes tersebut.

Hal ini dinyatakan semasa majlis ceramah perdana memperkenalkan calon-calon PAS dalam kawasan Parlimen Marang di pekarangan Pasar Binjai Rendah baru-baru ini.




Hadi Awang memfailkan saman pada April 2017 berhubung artikel yang ditulis Clare pada Ogos 2016 yang mendakwa RM90 juta dikatakan dimasukkan ke dalam akaun pimpinan PAS untuk mendorong bekerjasama dengan UMNO dan Barisan Nasional.

Menurut Hadi Awang, PAS telah menghantar dokumen-dokumen berkaitan melalui peguam di sini kepada peguam yang pernah menguruskan kes saman terhadap sebuah akhbar British pada 2007 yang mendakwa beliau mempunyai kaitan dengan rangkaian pengganas.

“Kita terpaksa mengambil tindakan ini kerana apabila kita minta dia memohon maaf, dia tak mahu,” ujarnya.

Hadi Awang turut percaya bahawa orang yang membantu menyebarkan fitnah terhadap Pas berada di negara ini dengan menggunakan media luar negara untuk memburukkan Pas.
Sumber:
* www.utusan.com.my/berita/politik/pas-menang-saman-fitnah-sarawak-report-1.662116
** www.fb.com/ProfesionalIstiqamah

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo