NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Sabah: Shafie Apdal janji bina banyak gereja





Kerajaan negeri akan beri elaun kepada pastor jika kewangan stabil

BANGI, 11 Ramadan 1439H, Ahad – Kerajaan Sabah memberi jaminan kepada rakyat di negeri itu untuk membina lebih banyak rumah ibadat kepada komuniti bukan Islam.

Ketua Menterinya, Datuk Seri Shafie Apdal berkata, kerajaan yang ditadbir Parti Warisan Sabah (Warisan), akan menunaikan janji membina lebih banyak gereja.

"Saya memberi jaminan bahawa kerajaan negeri akan membantu membina gereja-gereja. Kita juga akan memberi elaun kepada pastor jika situasi kewangan negeri membenarkan," katanya seperti dilapor portal The Star.

Mohd Shafie berkata, beliau telah mengadakan perbincangan berhubung perkara itu, bagi melaksanakan aspirasi dan harapan daripada kepimpinan baharu.

Mohd Shafie dilantik Ketua Menteri selepas memperoleh majoriti mudah 35 kerusi yang dimenangi Parti Warisan bersama sekutunya dalam Pakatan Harapan, PKR dan DAP serta enam ADUN daripada BN iaitu empat daripada UMNO dan dua daripada UPKO yang berpaling tadah kepada parti Warisan.

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo