NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Sabah: DUN tergantung, STAR 'kingmaker'



Walaupun Parti Warisan Sabah (WARISAN) serta rakan gabungan pilihan rayanya DAP dan PKR berkata telah memenangi kerajaan negeri Sabah, keputusan rasmi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menunjukkan pakatan itu kini terikat bilangan kerusi dengan BN.

SPR mengumumkan BN menang 29 kerusi daripada 60 DUN manakala PKR menang dua, DAP memenangi enam dan Warisan menang 21 kerusi.

Parti Solidariti Tanah Airku (STAR) menang dua kerusi DUN - Tambunan dan Bingkor - yang bermaksud parti itu kini menjadi 'kingmaker' (penentu) pembentukan kerajaan negeri itu. STAR juga menang kerusi parlimen Keningau.

Dipercayai BN dan pakatan pilihan raya Sabah yang terdiri daripada WARISAN, DAP dan PKR sedang mendapatkan sokongan presiden parti itu, Datuk Jeffrey Kitingan.

Kedua-dua DUN yang dimenangi Star akan cukup untuk menjadikan sama ada BN atau WARISAN-DAP-PKR yang dapat membentuk kerajaan majoriti mudah.

Sumber dalam parti WARISAN berkata suatu sidang akhbar akan diadakan pada 9 pagi ini yang dijangkakan akan turut dihadiri Jeffrey.


Setakat awal pagi ini, penyokong yang berkumpul di rumah Presiden Datuk Seri Shafie Apdal masih belum bersurai.

Penyokong parti itu berkumpul di sana bagi menunggu keputusan pilihan raya Sabah yang lewat diumumkan. Keputusan rasmi hanya diumumkan pada jam 4.30 pagi tadi.

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo