RUU 355 : AMANAH belum bincang


Kami akan bincang dalam mesyuarat akan datang, selain turut mengambil pandangan tokoh yang mahir dalam ilmu keagamaan.Keutamaan kita ketika ini adalah untuk membanteras rasuah dan penyelewengan

TASEK GELUGOR: Parti Amanah Negara (AMANAH) belum mengambil pendirian berhubung cadangan supaya Rang Undang-Undang Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah ) 2016 (RUU 355) dibentangkan di Parlimen.

Presidennya, Mohamad Sabu, berkata ia akan dibincang bersama kepemimpinan AMANAH dalam mesyuarat parti itu yang diadakan setiap Selasa.


Beliau yang juga Menteri Pertahanan berkata, ketika ini AMANAH dan komponen Pakatan Harapan (PH) lain memberi tumpuan utama kepada usaha membaik pulih ekonomi negara dan membanteras penyelewengan.

"Kami akan bincang dalam mesyuarat akan datang, selain turut mengambil pandangan tokoh yang mahir dalam ilmu keagamaan.

"Keutamaan kita ketika ini adalah untuk membanteras rasuah dan penyelewengan," katanya ketika ditemui pemberita pada majlis berbuka puasa bersama penduduk Kampung Guar Petai di sini, hari ini.

Beliau mengulas kenyataan Naib Presiden PAS, Datuk Mohd Amar Nik Abdullah, yang mahu bekas pemimpin PAS yang kini Ahli Parlimen AMANAH, menunaikan janji bagi membolehkan RUU 355 dibentangkan di Parlimen.

Mohd Amar berkata, pemimpin AMANAH mendakwa sebelum ini dilaporkan berkata perlu membentuk kerajaan terlebih dulu bagi membolehkan mereka bersuara di Parlimen.

April lalu, Yang Dipertua Dewan Rakyat, Tan Sri Pandikar Amin Mulia menetapkan sesi perbahasan RUU 355 akan berlangsung pada sidang Dewan Rakyat akan datang yang dijangka diadakan Julai ini.

Labels:
Reactions:

Post a Comment

[blogger]

1Media.My

{facebook#facebook.com/1mediaonline} {twitter#YOUR_SOCIAL_PROFILE_URL} {google-plus#YOUR_SOCIAL_PROFILE_URL} {pinterest#YOUR_SOCIAL_PROFILE_URL} {youtube#YOUR_SOCIAL_PROFILE_URL} {instagram#YOUR_SOCIAL_PROFILE_URL}

Contact Form

Name

Email *

Message *

Powered by Blogger.
Javascript DisablePlease Enable Javascript To See All Widget