NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Ribuan Anak Muda Hadir Ceramah Abdul Hadi Awang dan Azhar Idrus

0
Bicara Santai Ayoh Chik Bersama UAI

Ribuan Anak Muda Hadir Ceramah Abdul Hadi Awang dan Azhar Idrus


KUALA TERENGGANU: PAS menentang Tun Dr Mahathir Mohamad disebabkan sistem pemerintahan yang dibawanya, bukan kerana soal peribadinya, kata Datuk Seri Abdul Hadi Awang.

“(Kita lawan Dr Mahathir) Itu berkait masalah politik, berkait masalah urus tadbir negara, bukan berkait dengan masalah diri Tun Mahathir. Masalahnya dia sudah melakukan kesalahan dalam masa dia memerintah pada 1980 sehingga 2000,” katanya dalam program bicara santai bersama penceramah popular dari Terengganu, Azhar Idrus di Dataran Shah Bandar, Kuala Terengganu, hari ini.

Presiden PAS itu berkata, walaupun Dr Mahathir seakan-akan sudah berubah, tetapi perjuangannya bersama Pakatan Harapan (PH) bukan untuk mengubah sistem pemerintahan Barisan Nasional (BN) sekarang, sebaliknya lebih kepada usaha menjatuhkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak serta kepentingan peribadinya.

Katanya, tindakan pengerusi PH itu berbeza dengan PAS yang berjuang untuk mengubah sistem pemerintahan kepada sistem berlandasarkan Islam, bukannya untuk mengubah individu tertentu.

“PAS nak tubuh kerajaan bukan nak merebut kuasa, PAS tubuh kerajaan nak ubah cara pemerintahan.

“Almarhum Tuan Guru Datuk Nik Aziz Nik Mat pun pernah kata, kalau pemerintah (BN) nak tubuh kerajaan yang melaksanakan Islam sepenuhnya, kita boleh bubar PAS, bukan kita nak rebut kuasa. Ini pendekatan kita yang kita kena faham.”

Ahli Parlimen Marang itu berkata, alasan ke-2 PAS menolak bekerjasama dengan PH kerana parti itu dibarisi pemimpin Islam liberal.

“Dalam puak-puak dia (PH) pula ada Islam liberal, Islam yang menghalalkan yang haram dan mengharamkan yang halal.”

Sumber:
http://www.freemalaysiatoday.com/category/bahasa/2018/05/05/hadi-pas-lawan-dr-m-kerana-politik-bukan-soal-peribadi/

[VIDEO] Ribuan anak-anak muda Terengganu datang mendengar gandingan Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang dan penceramah popular, Azhar Idrus di Dataran Shah Bandar, Kuala Terengganu. https://youtu.be/S5yHEARlv70

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo