NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Ratu cantik komen terhadap Najib kena kecam

0


SEREMBAN – Hanya kerana memberi komen positif terhadap Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak dan mengajak masyarakat India menyokong BN, bekas ratu cantik yang juga pelakon filem Tamil menerima kecaman.

Malah, Mourhrna Anetha Reddy, 33, yang merupakan Miss Malaysia Indian Global 2006 dan Miss Malaysia India Worldwide 2011, turut diugut dicederakan.


Susulan insiden tersebut beberapa rakannya meminta supaya dia berhati-hati kerana mendapat tahu ramai orang mencarinya.

Semuanya bermula selepas video pandangannya terhadap kerajaan BN dimuat naik di laman sosial Facebook sebelum disebarkan sehingga tular sejak Isnin lalu.

Menceritakan perkara itu, Mourhrna Anetha Reddy berkata, ketika menghadiri ceramah anjuran MCA di Bilik Gerakan Dun Temiang, 19 April lalu, dia telah ditemu bual oleh kumpulan pengendali sebuah laman Facebook.

“Saya diminta memberi komen mengenai program itu dan saya beritahu ‘Perdana Menteri  sudah buat banyak benda untuk kaum India, jadi jom sokong BN’.

“Saya betul-betul tak sangka disebabkan kenyataan itu, ramai yang kecam saya di Facebook dan di aplikasi kumpulan WhatsApp.

Sumber:
http://www.sinarharian.com.my/politik/ratu-cantik-komen-terhadap-najib-kena-kecam-1.827290

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo