Ramai kecewa Salahuddin tidak dilantik Menteri Besar Johor

pelantikan jawatan menteri besar adalah tertakluk kepada apa yang tercatat di dalam undang-undang tubuh kerajaan negeri Johor



Lantikan MB tertakluk undang-undang tubuh kerajaan Johor

JOHOR BAHRU – Rakyat dan penyokong Pakatan Harapan (Harapan) Johor diminta akur dan memberikan sepenuh sokongan kepada lantikan Datuk Osman Sapian sebagai Menteri Besar yang baharu kerana perkara itu adalah yang sebaiknya.

Naib Presiden Pakatan Harapan, Salahuddin Ayub berkata, pihaknya juga berharap keputusan parti untuk melantik Setiausaha Bersatu Johor itu sebagai menteri besar dapat diterima rakyat memandangkan segala urusan perlu mematuhi undang-undang tubuh kerajaan negeri Johor


Menurutnya, keputusan semua pihak telah dibuat dan seharusnya ia perlu dihormati  bagi memastikan kestabilan kerajaan dan semangat permuafakatan dalam parti tersebut sentiasa terjaga.

“Saya sedar ramai yang kecewa kenapa saya tidak dilantik sebagai Menteri Besar Johor. Semua harus faham bahawa pelantikan jawatan menteri besar adalah tertakluk kepada apa yang tercatat di dalam undang-undang tubuh kerajaan negeri Johor.


“Keputusan telah dibuat dan semua pihak seharusnya menghormatinya demi memastikan kestabilan kerajaan dan semangat permuafakatan dalam Harapan,” katanya dalam satu kenyataan, di sini, sebentar tadi.

Salahuddin berkata, biarpun tidak menggalas tanggungjawab itu, beliau sentiasa komited untuk menyediakan sebarang bantuan dalam menjaga kebajikan rakyat negeri ini melalui saluran lain.

Terdahulu, Sinar Harian melaporkan Osman secara rasmi dilantik sebagai Menteri Besar Johor ke-16 selepas mengangkat sumpah di hadapan Sultan Johor, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar di Balai Mengadap Istana Bukit Serene, di sini, semalam.


Sumber:
http://www.sinarharian.com.my/mobile/edisi/johor/lantikan-mb-tertakluk-undang-undang-tubuh-kerajaan-johor-1.833814
Labels:
Reactions:

Post a Comment

[blogger]

1Media.My

{facebook#facebook.com/1mediaonline} {twitter#YOUR_SOCIAL_PROFILE_URL} {google-plus#YOUR_SOCIAL_PROFILE_URL} {pinterest#YOUR_SOCIAL_PROFILE_URL} {youtube#YOUR_SOCIAL_PROFILE_URL} {instagram#YOUR_SOCIAL_PROFILE_URL}

Contact Form

Name

Email *

Message *

Powered by Blogger.
Javascript DisablePlease Enable Javascript To See All Widget