NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Rahsia Kejayaan Gelombang Hijau PAS Dalam PRU14

0
Wartawan Sinar Harian singkap rahsia kejayaan Gelombang Hijau PRU14 dari Presiden Hadi Awang 

PAS Kekal Sendirian Bawa 4 Teras Pegangan Yakin Menang PRU

RAMAI menjangkakan Pas akan menjalinkan kerjasama dengan Umno, namun hakikatnya Pas melalui Gagasan Sejahtera bersendirian menghadapi PRU14 hingga menyebabkan pertembungan tiga penjuru. Apa hala tuju Pas sebenarnya?

Kita mesti faham, kebanyakan orang memahami teori politik Barat atau ekonomi Barat, sama ada kanan dan kiri, mereka lupa di sana ada Islam.

Berbeza dengan Barat dan Timur, dengan sebab itu, Pas tersendiri dan kita konsisten dengan dasar kita, termasuk hubungan kita dengan semua pihak bergantung konsisten mereka dengan dasar kita.


Mana-mana pihak yang boleh menerima dasar kita, matlamat dan agenda kita, kita adalah fleksibel tindakannya. Islam itu, di samping ada yang tetap, ada dasar fleksibel berdasarkan perkembangan semasa.

Kita berpengalaman dengan kerjasama Umno sebelum kemerdekaan dan selepas kemerdekaan, peristiwa 13 Mei, Pas menyertai kerajaan campuran tahun 1973 dan sama-sama menubuhkannya dengan BN.

Perikatan (itu) dibubarkan, dulu Perikatan dengan dasar Pas dengan parti tersendiri.  Apabila berlaku pertembungan kalangan mahupun Islam dan yang tebal sekular termasuk Mahathir dan lain-lain, menyebabkan Pas berpisah daripada BN, dan dipecat daripada BN.

Sehingga hari ini, kita melihat BN adalah bahtera lemah dan bocor yang perlu dibaiki dan perlu direhatkan.  Pakatan Harapan (Harapan) pula adalah warisan mereka yang memerintah tahun 1982 sehingga 1998, nak pulang balik kepada kita tiada apa-apa erti.

Dengan sebab itu, kita mahu satu pembaharuan kepada negara dan pembaharuan ini bergantung (sekiranya) Pas menang dengan majoriti atau lebih daripada itu atau ‘kingmaker’ yang saya sebut itu.

Juga bergantung pada mereka untuk terima pembaharuan, tidak terima pembaharuan yang Pas bawa, maka Pas bersendirian menjadi pembangkang.   

PRU14 dilihat sebagai pilihan raya unik dan mencabar kerana sebahagian besar kerusi dipertandingkan berdepan dengan laluan tiga penjuru iaitu BN, Pas dan PKR (Harapan). Pihak mana yang mendapat kelebihan pertandingan tiga penjuru ini?

Pertama, Pas ada agenda sendiri. Empat teras utama yang kita bawa,
pertama, Budaya Politik Matang dan Sejahtera,
yang kedua, Buku Hijau dalam aspek ekonomi,
ketiga, Wawasan Induk,
keempat manifesto
dan kelima pula, calon-calon kita kemukakan.

Calon yang terdiri daripada pelbagai lapangan, kalangan pengalaman, bukan sahaja agamawan yang merupakan dasar Pas, termasuklah juga kalangan profesional dari segala bidang dan lapangan dan pemimpin masyarakat.

Ini adalah persediaan kita menghadapi pilihan raya dan kita membaca juga lapangan rakyat dan dalam lawatan saya ke seluruh negara saya dapati pengundi muda tidak kurang daripada 30 peratus. Mereka akan menjadi pengundi penentu.


Sumber:
http://www.sinarharian.com.my/politik/pas-kekal-bersendirian-1.831663

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo