Pulau Pinang: Ketua AMK PKR negeri keluar parti

   
Hanya berbaki satu minggu lagi untuk berkempen sebelum hari mengundi pada 9 Mei ini, namun masalah sekali lagi melanda PKR, dengan Ketua Pemuda (AMK) Pulau Pinang, Asrol Sani Abdul Razak bertindak keluar parti, semalam.


Petang semalam, Asrol Sani yang turut berada dalam Majlis Pimpinan PKR negeri bersama lebih 70 anggota parti itu mengumumkan keluar PKR serta-merta selepas kecewa dengan kelemahan pentadbiran parti itu di peringkat negeri yang diketuai Datuk Mansor Othman.

Timbalan Ketua AMK Pusat, Dr Afif Bahardin mendakwa tindakan itu disebabkan PKR memberi laluan kepada BERSATU di beberapa kerusi seperti di Bertam, di mana Asrol Sani adalah penyelaras.

"Kepimpinan memutuskan berdasarkan apa yang terbaik untuk parti, dan bukan kepentingan individu," kata Afif, yang juga adalah calon PKR untuk kerusi DUN Seberang Jaya ketika dihubungi Malaysiakini.

Pada masa sama, Afif (foto, bawah) berkata, tindakan berkenaan tidak akan menjejaskan PKR di Bertam.


"Biasalah orang tengah marah akan cakap macam- macam, dia ada masalah di sana (Bertam) dan kecewa sebab tidak dapat jadi calon sebab kita putuskan wakil BERSATU lebih layak bertanding di situ, " katanya.

Pada masa sama, Dr Afif seolah-olah mempersoalkan kesahihan ahli-hli PKR yang mengumumkan keluar parti bersama Asrol Sani.

"Sebahagiannya saya tidak pernah tengok muka. Beliau tidak boleh komited kepada agenda parti sehingga ambil keputusan berkenaan," katanya.

Dr Afif berkata, keputusan pengganti Asrol Sani akan diumumkan selepas PRU-14.
Labels:
Reactions:

Post a Comment

[blogger]

1Mediaonline

{facebook#facebook.com/1mediaonline} {twitter#YOUR_SOCIAL_PROFILE_URL} {google-plus#YOUR_SOCIAL_PROFILE_URL} {pinterest#YOUR_SOCIAL_PROFILE_URL} {youtube#YOUR_SOCIAL_PROFILE_URL} {instagram#YOUR_SOCIAL_PROFILE_URL}

Contact Form

Name

Email *

Message *

Powered by Blogger.
Javascript DisablePlease Enable Javascript To See All Widget