NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

PRU14: Pas yakin sokongan pengundi

0
kita hendak buktikan bahawa kita mampu untuk menyediakan peluang ekonomi

Pas yakin sokongan pengundi


SEGAMAT - Pas Segamat menerima maklum balas positif daripada pengundi di Parlimen Segamat yang mahukan perubahan terhadap kehidupan mereka pada PRU14 kali ini.

Calon Pas Parlimen Segamat, Khairul Faizi Ahmad Kamil berkata, beliau turun ke setiap kawasan di dalam parlimen ini walaupun baharu setahun selain mendapati terdapat beberapa perkara perlu diberi tumpuan.


“Apa yang saya lihat, Parlimen Segamat ini agak terkebelakang dalam soal pembangunan. Bukan tidak ada pembangunan, tetapi pembangunan yang berlaku tidak secepat kawasan-kawasan lain seperti di Batu Pahat dan Kluang.

“Hasil pertemuan saya dengan penduduk sama ada di kawasan bandar dan kampung, isu pembangunan ini menjadi soal utama walaupun terdapat Pelabuhan Darat Segamat (SIP) dan kekuatan hasil pertaniannya,” katanya.

Beliau yang juga calon Pas Dun Jementah berkata kepada pemberita semasa sidang media di Bilik Gerakan Pas Dun Jementah, di sini, kelmarin.

Hadir sama Naib Yang Dipertua Pas Kawasan Segamat, Moin Abdul dan Ketua Dewan Muslimat Pas Kawasan Segamat, Nur Zahrah Abdul Wahab.

Khairul Faizi yang juga Penolong Setiausaha Agung Pas Malaysia turut mengetengahkan fokus untuk ‘Membina Segamat Sejahtera’ melalui pemfokusan terhadap pembangunan insan dan pembangunan ekonomi.

“Kita perlu mewujudkan Pusat Komuniti Sejahtera di Segamat yang bukan hanya sekadar tempat perkumpulan masyarakat tetapi akan menyediakan perkhidmatan kaunseling, perkhidmatan perundangan dan pusat kemahiran.

“Fokus Pas bukan sahaja untuk bertanding dan menang di Segamat, tetapi kita hendak buktikan bahawa kita mampu untuk menyediakan peluang ekonomi kerana tidak mahu lebih ramai anak muda berhijrah ke tempat lain,” katanya.

Khairul Faizi berkata, sekiranya diberi mandat pada PRU14 ini, beliau akan melihat semula peluang pekerjaan kepada anak peneroka Felda dan penempatan rumah kedua generasi Felda seperti yang dibangkitkan oleh penduduk di Gugusan Felda Palong Timur, di sini.

Katanya, melalui Skim Perumahan Bangsa Johor seperti yang disentuh dalam Manifesto Gagasan Sejahtera Johor, Rumah Mampu Milik yang berharga di antara RM50,000 sehingga RM180,000 akan dibina dengan urusan pinjaman dilaksanakan oleh Bank Bangsa Johor apabila Gagasan Sejahtera berjaya membentuk kerajaan di Johor.

“Saya bukan orang Segamat dan tiada saudara mara di sini. Namun itu bukan penentu memastikan kemenangan calon kerana saya yakin pengundi kali ini sememangnya mahukan perubahan,” katanya.

Sumber:
http://www.sinarharian.com.my/edisi/johor/pas-yakin-sokongan-pengundi-1.831665

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo