NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

PRU 14 buktikan ramalan Invoke terhadap PAS tersasar





Menjelang hari mengundi pada 9 Mei lalu, pelbagai pihak mengeluarkan data ramalan bagi pemenang kerusi Parlimen Malaysia.

INVOKE yang diketuai pimpinan PKR meramalkan PAS menerima kekalahan teruk dengan sifar kerusi bagi PAS kerana tidak bersama PH menentang BN, bahkan PAS mewujudkan Blok Ketiga dibawah nama Gagasan Sejahtera,

Keputusan PRU14 membuktikan bahawa ramalan INVOKE tersebut adalah tidak kukuh dan kaedah kajian INVOKE perlu dikaji semula.

Dengan izin Allah, PAS memenangi 18 kerusi Parlimen dan 90 Kerusi DUN. Bahkan berjaya membentuk Kerajaan Negeri Kelantan dan Terengganu dan hampir-hampir membentuk Kerajaan Negeri Kedah. Ianya juga merupakan rekod terbaik PAS sepanjang 14 kali bertanding di dalam Pilihanraya Malaysia.

Terima kasih kepada pengundi yang meyakini PAS.

#hentikanpolitikpersepsi
#bpms
#createabettermalaysia
#pru14
#UP #unitingprofessionals

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo