NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

PRU ke-14: Catatan Perjalanan (II) ke Borneo


Tulisan ini adalah sambungan kepada Catatan Perjalanan PRU ke-14 saya sebelum ini. 

Dalam ziarah ke Sabah, saya sempat ke Semporna dan beberapa tempat lain untuk melihat sendiri gelombang WARISAN yang diterajui Shafie Afdhal dalam usaha untuk menumbangkan kerajaan UMNO di Sabah. 

Gelombang untuk menukarkan kerajaan di Sabah amat terasa khususnya di Semporna, Sabah. Sukar bagi mereka untuk menerima apa yang dilakukan oleh UMNO kepada Shafie, Naib Presiden UMNO sebelum ini.

Saya tidaklah terkejut sangat bila melihat WARISAN mendapat 21. Manakalla sekutunya dalam PH, PKR mendapat 2 kerusi dan DAP mendapat 6 kerusi menjadikan gabongan mereka 29 kerusi, sama dengan kerusi yang diperolehi BN juga. 

Keadaan ini menjadikan Parti STAR yang dipimpin Dr Jefri Kitingan mendapat 2 kerusi menjadi 'kingmaker' yang boleh menentukan kerajaan dengan parti yang dipilih mereka.

Selepas ke Sabah, saya berkunjung ke Sarawak sebelum balik ke Terengganu dua hari sebelum mengundi untuk melihat sendiri suasana di Terengganu. Tentang Terengganu saya sudah tulis dalam catatan yang lepas. 

Di Sarawak, saya turun Batang Lupar dan lain-lain tempat dimana PAS berkembang dengan baik sebelum ini. Malah di Beting Maro pada PRN 2011, PAS nyaris-nyaris mencatat kemenangan sulong bila hanya kalah sekitar 350 undi sahaja.

Dalam kesempatan masa yang ada, saya sempat bertukar-tukar pendapat dengan Prof Madya Dr Jeniri Amir, seorang 'pakar' dan pengkaji politik Sarawak yang dihormati pelbagai pihak.Bagi beliau tidak banyak perubahan yang berlaku dan boleh dilakukan dalam politik Sarawak setakat ini. Rakyat Sarawak masih lagi perlukan PBB untuk memayung perjuangan mereka.


Kehadiran PAS di bumi Sarawak memerlukan masa yang masih panjang untuk mula mendapat tempat dan diberikan peluang menjadi wakil mereka. 

Politik Sarawak ini amat unik untuk diteliti. PAS Sarawak telah memulakan langkah dengan baik bila meletakkan calon bukan Islam sebagai calon mereka dalam pilihanraya negeri yang lepas tetapi tidak ada pula dalam pilihanraya umum kali ini.

Di Sarawak, pilihanraya parlimen dan negeri diadakan berasingan. Pilihanraya negeri telah diadakan pada tahun 2016 yang lepas. 

Banyak lagi perbincangan yang memakan masa hampir 2 jam dengan Dr Jeniri Amir sambil lunch dengan beberapa sahabat lain. Dipenghujung pertemuan, beliau mengharapkan PAS Sarawak terus tabah walaupun gagal mendapat kerusis dalam pilihanraya kali ini.

Beliau berpendapat, setidak-tidaknya PAS memerlukan 2 dekad lagi atau 4 kali pilihanraya lagi bagi membolehkan adanya ADUN PAS di Sarawak.

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo