NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

PPIM: Jangan Perlekeh Islam Agama Rasmi Persekutuan

0
rakyat khususnya pengundi beragama Islam perlu menitikberatkan latar belakang calon untuk dijadikan pemimpin kerana ia melibatkan kesan jangka panjang terhadap mereka nanti.

DAP Semakin Berani Cabar Maruah Pengundi Melayu


KUALA LUMPUR: Keberanian DAP mencabar maruah pengundi Melayu dilihat semakin melampau apabila bukan setakat mengaku memperkudakan pemimpin Melayu, bahkan mengangkat calon yang mempunyai kontroversi isu berkaitan Islam untuk bertanding di Dewan Undangan Negeri (DUN) Sungai Pelek bagi Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14).

Hakikatnya, apabila kepemimpinan DAP mencalonkan bekas Exco Kerajaan PKR Selangor, Ronnie Liu yang mempunyai kontroversi isu lambakan rumah urut, pusat perjudian dan penjualan arak di kawasan majoriti Melayu pada 2008 menunjukkan laungan selamatkan Malaysia yang dicanang oleh gabungan pembangkang PKR hanyalah retorik semata-mata.

Mengulas mengenai perkara tersebut, Ketua Aktivis Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM), Datuk Nadzim Johan berpendapat, setiap pemimpin parti politik tidak seharusnya memperlekehkan Islam sebagai agama rasmi Persekutuan dengan cubaan mengetengahkan mana-mana individu yang mempunyai kontroversi terhadap isu berkaitan perkara tersebut sebagai calon.

“Kita sepatutnya berusaha untuk menyelamatkan Malaysia daripada sebarang ancaman sosial dan bukannya menyokong sebarang usaha yang menjerumuskan kepada permasalahan tersebut.

“Setiap rakyat mahukan pemimpin yang mempunyai kaedah untuk membendung masalah sosial daripada terus berlaku bagi mengelakkan masa depan generasi akan datang rosak,” katanya ketika dihubungi Mingguan Malaysia di sini hari ini.

Mengulas lanjut, Nadzim berkata, rakyat khususnya pengundi beragama Islam perlu menitikberatkan latar belakang calon untuk dijadikan pemimpin kerana ia melibatkan kesan jangka panjang terhadap mereka nanti.

Katanya, sekiranya calon yang ditampilkan sesebuah parti itu mempunyai latar belakang meragukan terutama menyentuh sensitiviti kaum dan agama, adalah wajar untuk setiap pengundi menolak individu tersebut.

- UTUSAN ONLINE

Sumber:
http://malaysiandigest.com/bahasa-malaysia/736464-dap-semakin-berani-cabar-maruah-pengundi-melayu.html

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo