Perlis: PAS Gesa Rujuk Undang-undang Tubuh Negeri



Oleh: YB MOHD. SHUKRI BIN RAMLI

1. PAS menyelar keangkuhan Dato’ Seri Shahidan Kassim yang juga Pengerusi Badan Perhubungan Umno Negeri Perlis, yang mengambil sikap membelakangi keputusan DYMM Tuanku Raja Perlis dalam isu lantikan Menteri Besar Perlis.

2. Sikap sebegini membuktikan bahawa beliau tidak menghormati institusi diraja dan DYMM Tuanku Raja Perlis.

3. Justeru, dalam mencari penyelesaian yang tepat dan adil kepada kemelut yang berlaku, PAS Perlis menggesa semua pihak supaya tidak melatah atau bersikap terburu-buru, sebaliknya merujuk kepada Undang-undang Tubuh Negeri Perlis.

4. PAS sentiasa menghormati amalan sistem beraja yang diamalkan di negara kita dan menjunjung kasih terhadap DYMM Tuanku Raja Perlis yang sentiasa mengutamakan rakyat dan negeri Perlis dalam keputusan baginda.

5. PAS Perlis percaya bahawa kemelut ini boleh diselesaikan dengan baik, namun, sekiranya Pengerusi Badan Perhubungan Umno Negeri Perlis tetap dengan keputusannya, maka PAS Perlis bersedia dengan sebarang kemungkinan termasuk kemungkinan berlakunya Pilihan Raya Negeri (PRN).

Yang Bertanggungjawab

YB MOHD. SHUKRI BIN RAMLI
Pesuruhjaya PAS Negeri Perlis
ADUN Sanglang

24 Mei 2018 / 8 Ramadhan 1439H

 https://berita.pas.org.my/isu-mb-pas-gesa-rujuk-undang-undang-tubuh-negeri-perlis/
Labels:
Reactions:

Post a Comment

[blogger]

1Media.My

{facebook#facebook.com/1mediaonline} {twitter#YOUR_SOCIAL_PROFILE_URL} {google-plus#YOUR_SOCIAL_PROFILE_URL} {pinterest#YOUR_SOCIAL_PROFILE_URL} {youtube#YOUR_SOCIAL_PROFILE_URL} {instagram#YOUR_SOCIAL_PROFILE_URL}

Contact Form

Name

Email *

Message *

Powered by Blogger.
Javascript DisablePlease Enable Javascript To See All Widget