NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Perlis: Krisis MB Berlarutan, Azlan Kini ADUN Bebas



RAJA Perlis, Tuanku Syed Sirajuddin Putra Jamalullail melahirkan kemurkaan baginda dengan tindakan sembilan wakil rakyat Barisan Nasional (BN) tidak hadir pada majlis istiadat dan angkat sumpah Menteri Besar Perlis, hari ini.Baginda nyata kecewa kerana semua Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) terbabit berada di Perlis ketika jemputan dihantar kepada mereka, dua hari lalu.

Oleh: Muhammad Hadi
Kemaskini: 3.00 petang

ARAU : Majlis Angkat Sumpah Menteri Besar Perlis yang berlangsung pada jam 11.10 pagi tadi di Istana Arau, Arau, menyaksikan Datuk Seri Azlan Man sah dilantik secara rasmi ke jawatan tersebut untuk penggal kedua.

Istiadat Angkat Sumpah berkenaan berlangsung di hadapan Raja Perlis, DYMM Tuanku Syed Sirajuddin Putra Jamalullail dengan dihadiri seramai tiga orang wakil rakyat daripada Pakatan Harapan dan dua daripada PAS.

Tiada wakil rakyat daripada Barisan Nasional hadir dalam upacara ini dan difahamkan kesemua mereka berada di Kuala Lumpur.

Azlan Man, 60, yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bintong dilantik sebagai Menteri Besar Perlis selepas Barisan Nasional (BN) berjaya memenangi 10 daripada 15 kerusi DUN Negeri Perlis pada Pilihan Raya Umum Ke-14, 9 Mei lalu.

Walaubagaimanapun, kira-kira jam 2.00 petang tadi, beliau secara rasmi menjadi ADUN Bebas setelah dipecat serta-merta daripada Umno, dipercayai ada kaitan dengan isu lantikan ke jawatan berkenaan.

Pengumuman pemecatan tersebut telah dibuat oleh Pengerusi Badan Perhubungan Umno Negeri Perlis, Dato’ Seri Shahidan bin Kassim menerusi satu sidang media yang diadakan di Kuala Lumpur yang dihadiri oleh sembilan orang ADUN Barisan Nasional.

Dalam sidang media tersebut, Dato’ Seri Shahidan Kassim turut memohon DYMM Tuanku Raja Perlis serta YAB Perdana Menteri Malaysia agar mempertimbangkan semula pelantikan Menteri Besar Perlis kerana Dato’ Seri Azlan Man tidak mendapat sokongan ADUN di Perlis.

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo