NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Pentagon larang jualan telefon pintar China dalam markas tentera.


Setelah menasihat pembeli daripada membeli dan menjual gajet Huawei dan ZTE, melarang ZTE daripada berurusan dengan firma Amerika, kerajaan A.S. meneruskan langkah menentang kedua-dua syarikat membuat telefon pintar dari China itu.

Pentagon telah melarang penjualan telefon pintar Huawei dan ZTE di semua markas tentera A.S. di seluruh dunia dan mendakwa telefon pintar ini berpotensi memberi ancaman keselamatan.

Jurucakap Pentagon, Mejar Dave Eastburn dipetik berkata kepada The Wall Street Journal, "Peranti Huawei dan ZTE mungkin memberi risiko terhadap kakitangan, informasi dan misi jabatan."

Pentagon walaubagaimanapun tidak dapat melarang pegawai tentera daripada membeli peranti tersebut untuk kegunaan peribadi. Ujar Eastburn, "Mereka perlu berhati-hati dengan risiko keselamatan apabila menggunakan peranti ini."

Pihak tentera A.S. bimbang, penggunaan peranti Huawei dan ZTE dapat membolehkan pihak China mengesan askar, mengumpul data berkenaan operasi markas, pergerakan batalion dan sebagainya.

Jurucakap Huawei memberitahu akhbar Journal bahawa Huawi merupakan syarikat persendirian yang beroperasi secara bebas daripada kerajaan China. Kerajaan China juga tidak pernah meminta mereka untuk merisik atau sabotaj negara lain.

Huawei merupakan pembuat telefon pintar ketiga terbesar di dunia selepas Samsung dan Apple, bercadang untuk mengembangkan lagi pasaran di A.S. tahun ini, tetapi pembekal telekomunikasi A.S. seperti AT&T dan Verizon telah membatalkan rancangan menjual peranti Huawei. Malahan pasaraya Best Buy juga telah mengjentikan jualan Huawei di A.S.

ZTE pula mempunyai 9.5% pegangan telefon pintar di A.S. tetapi syarikat itu akan mengalami kesukaran untuk maju. Kerajaan A.S. telah mengenakan larangan terhadap teknologi Amerika, yang akan menyebabkan ZTE tidak dapat membeli komponen yang dibekalkan oleh syarikat A.S. 

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo