NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Penampilan calon dinilai dalam 30 saat pertama

0


PETALING JAYA: Bahang Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) semakin dirasai menjelang hari mengundi pada 9 Mei ini dengan kesemua calon sama ada di peringkat parlimen dan negeri masing-masing rancak berkempen.

Bukan sekadar manifesto dan janji-janji sekiranya menjadi pilihan pengundi, malahan turut menjadi tumpuan adalah penampilan dan gaya mereka semasa turun padang bertemu rakyat.

Walaupun penampilan seseorang boleh menyumbang undi kepada calon bertanding, tetapi ia juga bergantung kepada situasi kerana tanggapan pertama terhadap individu berlaku seawal 30 saat pertama.

Dalam tempoh singkat itu, Perunding Imej, Etiket dan Warna Profesional dari London Image Institute, United Kingdom iaitu Emi Idura Che Hashim berkata, persepsi, pandangan dan penilaian terbentuk dalam mesej yang positif mahupun negatif.

“Tetapi jika pertemuan itu bukan kali pertama buat calon dan pengundi mereka, maka persepsi, penilaian dari pengalaman lalu atau semasa akan mengatasi segala-galanya kerana persepsi bukan sahaja berdasarkan visual penampilan, tetapi apa yang mereka dengar dan baca serta deria yang lain,” katanya kepada mStar Online.


Baca lebih lanjut di http://www.mstar.com.my/berita/berita-semasa/2018/05/03/gaya-stail-calon-kempen#6x4P74rEjLTECPXU.99

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo