NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

PAS: Hutang Negara Banyak,  Tidak Kesal Kalah - Nik Amar 


PAS menarik nafas lega kerana tidak berjaya memerintah Malaysia hanya untuk mewarisi pelbagai hutang yang dilakukan kerajaan pemerintah terdahulu.

Naib Presiden PAS, Datuk Mohamad Amar Nik Abdullah berkata, PAS juga tidak kisah dengan kekalahan parti itu di peringkat pusat pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) dan berharap kerajaan berkuasa sekarang menyelesaikan perkara tersebut terlebih dahulu sebelum PAS merampas tampuk pemerintahan pada PRU akan datang.

"Ambo (saya) pun suka tidak boleh perintah Malaysia lagi. Sebab hutang banyak, nak bayar macam mana.

"Jadi Tuhan bagi orang lain ambil dulu, selesaikan hutang Malaysia. Lima tahun lagi kita ambil Malaysia," katanya dalam satu ucapannya di Kota Bharu, pada Sabtu.

Menurutnya, apabila parti lain menang di Malaysia, mereka akan selesaikan segala masalah yang ada, termasuk isu 1MDB.

"Selepas selesai semuanya, kawe (kita) pula akan ambil lima tahun lagi. Kita pula duduk di sana," kata beliau.

Menurut Timbalan Menteri Besar Kelantan itu, perkara sama berlaku apabila PAS kalah di Kelantan pada tahun 1978 dulu.

"Serupa kita kalah 1978 dahulu. 12 tahun orang perintah, orang lain buat pembangunan, buat pejabat dan sebagainya, siap semua sekali, bagi kepada kita.

"Jadi tidak leloh (letih) kita. Kita boleh perkara yang dah siap," kata Nik Amar.

Sebelum ini, Mohamad Amar juga pernah mengelurarkan kenyataan mendakwa PAS sengaja tidak bangunkan Kelantan kerana takut rakyatnya tidak sedia untuk menghadapi pembangunan itu. - Wartawan Watan-Online

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo