NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Pas yakin pertahan kerusi PRU13, tawan kerusi baharu

0
InsyaALLAH kita yakin akan berjaya menguasai kerusi baharu khasnya yang dikuasai PKR di Dun Kota Anggerik, Sementa, Batu 3, Ijok dan Sungai Tua

Pas yakin pertahan kerusi PRU13, tawan kerusi baharu

SHAH ALAM - Pas Selangor yakin 15 kerusi yang dimenangi parti itu pada PRU13 lalu dapat dipertahankan selain berjaya memenangi beberapa kerusi milik PKR, DAP dan BN pada pengundian, esok.

Pengarah Pilihan Rayanya, Roslan Shahir Mohd Shahir berkata, maklumat ini diperoleh melalui gerak kerja kempen Pas selama 10 hari tempoh berkempen.


"InsyaALLAH kita yakin akan berjaya menguasai kerusi baharu khasnya yang dikuasai PKR di Dun Kota Anggerik, Sementa, Batu 3, Ijok dan Sungai Tua yang dimenangi parti itu pada PRU13 lalu.

"Selain itu, kita juga jangkakan sekurang-kurangnya satu atau dua kerusi milik DAP khasnya di Sungai Pelek dan Kuala Kubu Bharu berjaya ditawan termasuk kerusi Umno sendiri di Sungai Burong," katanya pada satu sidang media siri ke-6 Pas Selangor di pejabatnya, di sini hari ini.

Pada masa sama, beliau berkata, kejayaan Pas mempertahankan 15 kerusi termasuk menawan kerusi baharu adalah cukup bagi membolehkan Pas mentadbir Kerajaan Negeri.

"Jangkaan dan ramalan yang dibuat penganalisa dan badan-badan yang mengakui bebas mendakwa Pas akan ditolak rakyat khususnya bukan Melayu adalah tidak benar sama sekali.

"Berdasarkan beberapa hari tempoh berkempen ini kita lihat apa yang berlaku di bawah tidak mencerminkan dapatan oleh badan-badan bebas dan penganalisa yang membuat ramalan berkenaan," katanya.

Justeru itu, beliau menyeru rakyat Selangor agar meyakini bahawa Pas adalah satu-satunya parti yang akan membela nasib dan masa depan rakyat yang berbilang kaum dan agama dengan menjadikan Selangor sebagai sebuah negeri yang aman dan sejahtera.

Sumber:
http://www.sinarharian.com.my/edisi/selangor-kl/pas-yakin-pertahan-kerusi-pru13-tawan-kerusi-baharu-1.831931

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo