NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

PAS Yakin Menang Dengan Gelombang Tsunami Hijau

0
Pusat Penyelidikan PAS (PPP), meyakini Pakatan Harapan (PH) sedang terdesak (desperate) untuk menarik sokongan pengundi-pengundi Islam yang telah beralih dari Barisan Nasional (BN) kepada PAS menjelang hari mengundi.

Keterangan gambar: Sedutan berita Tsunami Hijau bakal tumbangkan PKR di Pmtg Pauh (https://www.youtube.com/watch?v=lH1OJp5eym4). Baca komentar penuh di sini, https://www.mayanasional.net/2018/04/21/prof-hoo-kee-ping-ramal-tsunami-hijau-landa-melayu/

PAS DIJANGKA MENANG DENGAN TSUNAMI HIJAU

1. Pusat Penyelidikan PAS (PPP), meyakini Pakatan Harapan (PH) sedang terdesak (desperate) untuk menarik sokongan pengundi-pengundi Islam yang telah beralih dari Barisan Nasional (BN) kepada PAS menjelang hari mengundi.

2. Dianggarkan peratus peralihan pengundi-pengundi Islam tersebut dari BN kepada PAS adalah 7%. Mereka adalah pengundi-pengundi Islam atas pagar yang mesra BN semasa PRU 13, iaitu 13% daripada keseluruhan pengundi-pengundi Islam.

3. Dengan peralihan golongan pengundi kategori ini, PAS dan Gagasan Sejahtera (GAGASAN) dianggarkan meraih secara purata 52% sokongan pengundi-pengundi Islam berbanding BN memperolehi 39% dan PH memperolehi hanya 9%.

4. Komposisi sokongan pengundi-pengundi Islam seperti ini memungkinkan PH kehilangan kerusi-kerusi yang mereka tandingi di 149 kerusi parlimen yang bermajoriti pengundi-pengundi Islam lebih 50% dari keseluruhan pengundi di kawasan tersebut.

5. PPP melihat situasi ini telah menimbulkan suasana panik dalam kalangan pasukan strategis PH, justeru mereka mulai mengeluarkan dapatan-dapatan analisis yang bertujuan untuk membina 'psikologi menang' melalui proksi-proksi penyelidikan PH.

6. Selain daripada itu, situasi terdesak ini menyebabkan Pengerusi PH, Tun Dr Mahathir Mohamad, terpaksa merubah strategi, iaitu dengan memperakui jasa-jasa besar Almarhum Tuan Guru Nik Abdul Aziz dan Almarhum Ustaz Fadzil Noor.


Sumber:

Dr Mohd Zuhdi Marzuki
Pengarah PPP

8 Mei 2018
22 Sha'ban 1439

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo