NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

PAS tidak sesal





KUALA TERENGGANU 11 Mei - PAS tidak pernah menyesal meninggalkan bekas sekutunya, Pakatan Harapan yang kini berjaya menerajui negara selepas memenangi Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14).

Presidennya, Datuk Seri Abdul Hadi Awang berkata, sebagai parti yang mempunyai banyak pengalaman jatuh bangun politik, situasi itu adalah biasa buat Pas dan tidak sesekali menggoyahkan mereka untuk terus memperjuangkan Islam.

"Kita tidak menyesal... Kita pernah meninggalkan kerajaan, pernah dipecat daripada kerajaan, pernah kalah dan menang. Rebah bangun dalam politik itu biasa.

"Kawan jadi musuh, musuh jadi kawan. Sebab itu kita tidak boleh berkawan sehingga melampaui batas dan tidak boleh bermusuh sehingga melampaui batas," katanya.

Beliau berkata demikian dalam sidang akhbar selepas istiadat mengangkat sumpah Menteri Besar Terengganu yang baharu, Prof. Dr. Ahmad Samsuri Mokhtar di Istana Syarqiyyah, di sini malam tadi.

Abdul Hadi turut menyentuh kesediaan Pas membuka pintu rundingan dan kerjasama dengan Barisan Nasional (BN), atau Pakatan Harapan untuk memberi kebaikan kepada Islam dan rakyat

Kaatanya, parti-parti terbabit perlulah mengikut dasar Islam Pas di samping keputusan Majlis Syura Ulama.

Dalam perkembangan lain, beliau mendoakan supaya kerajaan Pakatan Harapan yang dipimpin Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad tidak mengulangi kesilapan lalu semasa masih berkhidmat sebagai pemimpin nombor satu negara.

"Kerajaan Pusat mesti menghormati kerajaan negeri. Dalam perlembagaan, perjanjian sudah ada. Selama ini mereka tidak menghormati (hak negeri), kita harap tidak berulang dan tiada lagi campur tangan dalam urusan kerajaan negeri," katanya. - UTUSAN ONLINE



No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo