PAS: Terima Kasih atas kesediaan Tun M salurkan royalti minyak


Dengan kesediaan YAB Tun M ini, PAS berharap amalan politik balas dendam sebagaimana yang diamalkan oleh kerajaan Barisan Nasional lalu tidak lagi diikuti. 


oleh: Tuan Ibrahim Tuan Man

Parti Islam SeMalaysia (PAS) menyambut baik dan penuh syukur di atas kesediaan Perdana Menteri YAB Tun Dr. Mahathir Mohamad, Perdana Menteri Malaysia untuk meneruskan pemberian royalti minyak sebanyak 20% sebagaimana kenyataannya yang terbaru. Ini selaras dengan janji manifesto Pakatan Harapan dalam PRU14 lepas dan disahkan oleh YAB Tun M. 

Dengan kesediaan YAB Tun M ini, PAS berharap amalan politik balas dendam sebagaimana yang diamalkan oleh kerajaan Barisan Nasional lalu tidak lagi diikuti. 

Sebagai parti yang beramal dengan sistem demokrasi dan menghormati konsep federalisme, PAS berlapang dada walaupun pernah perit dihukum dengan penarikan bayaran royalti dahulu. 

Kesediaan terbaharu daripada YAB Tun M itu memungkinkan bermulanya era baharu dalam budaya politik secara matang meneruskan momentum menjadikan Malaysia sebagai sebuah negara demokrasi contoh di peringkat antarabangsa susulan peralihan kuasa yang damai selepas PRU14. 

Bersangkutan dengan itu, PAS juga menaruh harapan agar semua peruntukan-peruntukan perkapita lain yang layak diterima oleh negeri-negeri dapat disalurkan tanpa apa-apa sekatan, sebagimana yang termaktub di dalam perlembagaan. 

Begitu juga dengan projek-projek sedia ada yang sedang berjalan dan yang telah diluluskan melalui Rancangan Malaysia ke 11, haruslah diteruskan sehingga selesai, untuk faedah rakyat. Ini termasuklah projek LPT3, pembesaran Lapangan Terbang Sultan Ismail Petra, Kota Bharu, lebuhraya jajaran tengah (Central Spine Road) dan yang lebih utama projek rangkaian jalan keretapi pantai timur (ECRL) yang tidak harus dibatalkan tapi dirunding semula kos dan perjanjiannya agar ia menepati piawaian kewangan yang sihat. 

Amalan yang menghormati konsep demokrasi dan federalisme adalah amat penting bagi melicinkan pentadbiran kerajaan negeri-negeri yang telah dipilih secara demokratik oleh rakyat. 

Pilihan rakyat haruslah dihormati. Oleh itu penyaluran semua peruntukan di atas haruslah mengikut sistem dan undang-undang sedia ada iaitu terus kepada kerajaan negeri masing-masing dan tidak lagi melalui pihak ketiga yang dibentuk khusus seperti Jabatan Pembangunan Persekutuan, atau pihak-pihak lain di luar pentadbiran negeri seperti di zaman BN. 

PAS yakin sekiranya semua berpegang kepada konsep federalisme dan saling menghormati hak masing-masing sebagaimana yang diperuntukkan yang jelas kehilangan di zaman BN, maka Malaysia akan mampu terus membangun secara progresif dalam satu entity tanpa ada mana-mana negeri yang ketinggalan.

Tuan Ibrahim Tuan Man adalah Timbalan Presiden PAS

Labels:
Reactions:

Post a Comment

[blogger]

1Media.My

{facebook#facebook.com/1mediaonline} {twitter#YOUR_SOCIAL_PROFILE_URL} {google-plus#YOUR_SOCIAL_PROFILE_URL} {pinterest#YOUR_SOCIAL_PROFILE_URL} {youtube#YOUR_SOCIAL_PROFILE_URL} {instagram#YOUR_SOCIAL_PROFILE_URL}

Contact Form

Name

Email *

Message *

Powered by Blogger.
Javascript DisablePlease Enable Javascript To See All Widget