NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

PAS tawan Terengganu



Fakta: 2 negeri pembangkang yang tiada wakil parti  dari pihak kerajaan persekutuan dalam dewan undangan negeri iaitu Kelantan dan Terengganu (kedua-dua kerajaan negeri terdiri daripada wakil PAS dan BN sahaja tanpa wakil drpd PH) . Apa yang akan berlaku kepada 2 negeri ini. Suatu yg sangat menarik untuk diperhatikan dalam tempoh 5 tahun. šŸ˜‰


Keputusan rasmi menunjukkan bahawa PAS berjaya menawan kerajaan negeri Terengganu selepas memenangi 22 daripada 32 kerusi Dewan Undangan Negeri.
BN dilaporkan hanya menang di 8 kerusi manakala Pakatan Harapan belum memenangi sebarang kerusi.


Sebuah parti hanya memerlukan sekurang-kurangnya 17 kerusi untuk membentuk kerajaan dengan majoriti mudah di Terengganu.


Parti Islam itu juga dilaporkan kekal di Kelantan. PAS dilaporkan menang di 37 daripada 45 kerusi DUN. BN pula berjaya mendapat 8 kerusi.


Calon HARAPAN, Nik Omar Nik Abdul Aziz kecundang di Chempaka.


Keputusan itu sekali gus menyaksikan calon PAS yang juga penyandang kerusi itu, Ahmad Fathan Mahmood berjaya mengekalkan kedudukannya dengan jumlah undi 10,549 undi.


Anak kedua bekas mursyidul am PAS, Allahyarham Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat itu meraih 2,418 undi jauh di belakang dua pencabarnya.

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo