NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Pas pantau janji manifesto PH, terutamanya isu royalti petroleum

0
antara yang paling penting ialah isu royalti bagi Kelantan dan Terengganu yang merupakan negeri yang mempunyai petroleum


Pas pantau janji manifesto PH, terutamanya isu royalti petroleum


KUALA TERENGGANU: Pas akan memantau janji manisfesto kerajaan pusat, terutama yang membabitkan isu royalti petroleum.

Ketua Dewan Pemuda Pas Pusat, Muhammad Khalil Abdul Hadi berkata tindakan menafikan hak Kelantan dan Terengganu dalam perkara berkenaan adalah bercanggah dengan perlembagaan.

"Kita akan memantau janji-janji manifesto Pakatan Harapan, antaranya melibatkan hubungan Kerajaan Persekutuan dan kerajaan negeri.

"Dalam kontek Perlembagaan Negara ini, antara yang paling penting ialah isu royalti bagi Kelantan dan Terengganu yang merupakan negeri yang mempunyai petroleum, jadi ia perlu dihormati.

"Apa yang telah ditegakkan di dalam perlembagaan iaitu hak Kerajaan Terengganu, khususnya untuk mendapat royalti daripada Kerajaan Persekutuan yang ditarik balik ketika Pas memerintah dahulu," kata Muhammad Khalil.

Beliau berkata demikian selepas mesyuarat pasca PRU14 di Pejabat Kesatuan Ulama Islam Sedunia (KUIS) di Masjid Rhusila, Marang, Terengganu.

Kata Muhammad Khalil lagi, kerajaan pusat yang ditadbir Pakatan Harapan tidak seharusnya mengulangi kesilapan yang dilakukan kerajaan Barisan Nasional.

Pas turut mengucapkan tahniah kepada perdana menteri Tun Dr Mahathir serta barisan menteri Kabinet yang dilantik.

Sumber:
http://www.astroawani.com/berita-politik/pas-pantau-janji-manifesto-ph-terutamanya-isu-royalti-petroleum-175362

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo