NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

PAS Menawarkan Solusi Kerajaan Teknokrat Untuk Malaysia

0
Tahukah anda salah satu tawaran PAS yang telah mendapat sambutan hangat dari masyarakat adalah Kerajaan Teknokrat? Apakah sebenarnya Kerajaan Teknokrat yang PAS tawarkan ini?


1. Apakah itu Kerajaan Teknokrat?


• Teknokrat memberi maksud seseorang yang mempunyai kepakaran teknikal sesuatu bidang yang mempunyai kuasa politik (kamus Dewan Bahasa). Tekno (tekhne) perkataan Greek bermaksud kemahiran/kepakaran.

• Kerajaan Teknokrat (KT) adalah sebuah pemerintahan yang diterajui oleh kumpulan pakar yang mempunyai ilmu, keupayaan dan kemampuan intelektual, dan keupayaan kemahiran yang tinggi dalam bidang masing-masing samada bidang pentadbiran, ekonomi, keselamatan, pendidikan, kesihatan, sosial dan lain-lain.

• Gabungan dari kalangan orang politik dan teknokrat juga dipanggil kerajaan teknokrat jika dominasi teknokrat adalah lebih besar. Golongan teknokrat mungkin juga terlibat dalam aktiviti politik kepartian dan mungkin ahli parti-parti politik tertentu, tetapi umumnya lebih dikenali kerana kepakarannya.

2. Kenapa kita memerlukan Kerajaan Teknokrat?


• Memfokuskan kepada penyelesaian masalah teknikal dalam kestabilan ekonomi negara sebagai langkah sementara sehingga ekonomi kembali stabil dan pentadbiran diserahkan kembali kepada ahli politik melalui pilihanraya atau seumpamanya.

• Bagi mengurangkan sentimen politik kepartian dan mengendurkan ketegangan antara pemerintah dan pembangkang mahupun kestabilan dalam parti pemerintah itu sendiri.

• Selepas PRU12, keadaan politik Malaysia menjadi tidak stabil dengan pertembungan politik yang tidak henti-henti.

• Isu permasalahan jenayah dan sosial yang semakin serius dan perlu kepada tindakan yang lebih proaktif.

• Isu kos sara hidup yang semakin meningkat sehingga rakyat terbeban.

3. Apakah kebaikan Kerajaan Teknokrat?


• Mengurangkan sentimen politik.

• Keputusan kerajaan yang lebih objektif.

• Memudahkan proses membuat keputusan kerana tiada perkiraan politik kepartian.

• Memberi keyakinan kepada rakyat,pelabur dan negara-negara lain dari segi penyelesaian ekonomi.

• Mengurangkan internal politiking lebih fokus kepada pentadbiran negara kerana tiada kawasan parlimen (konstituensi) yang perlu diberi perhatian.

4. Bagaimana Kerajaan Teknokrat mampu menyelesaikan masalah negara?


• Sebagai contoh : Melantik Menteri Kewangan daripada kalangan pakar ekonomi supaya pengurusan ekonomi negara lebih teratur dan mengikut cara yang tepat terutama dalam keadaan ekonomi Malaysia yang semakin meruncing. Mereka yang pakar lebih mengetahui penyelesaian yang terbaik dan tidak terlalu terpengaruh dengan sentimen politik.

• Begitu juga dengan portfolio-portfolio kementerian yang lain. Dengan melantik orang yang pakar dan ahli di dalam bidangnya, kesemua masalah yang berlaku sekarang dapat diselesaikan dengan baik dan sekaligus membina negara Malaysia yang lebih Sejahtera.

5. BN sekarang pun ada Menteri Teknokrat? Jadi, apa beza Kerajaan Teknokrat yang PAS ingin bawa?


• Perbezaannya, KT yang akan dilaksanakan oleh GS adalah bersifat menyeluruh. Ia membuka ruang kepada kelompok pakar dan teknokrat untuk memegang peranan utama dalam pemerintahan negara tanpa perlu mendaki tangga politik seperti yang berlaku dalam budaya UMNO dan BN sekarang.

• Jawatan Menteri dan Exco kerajaan negeri bukan lagi eksklusif untuk tokoh politik tetapi akan lebih terbuka kepada tokoh yang berkepakaran, melalui pemilihan calon pilihan raya untuk menganggotai Dewan Rakyat dan juga melalui lantikan ahli Dewan Negara.

• Selain itu, penubuhan kerajaan teknokrat juga dapat menamatkan amalan memperalatkan jentera kerajaan untuk kepentingan parti seperti yang dilakukan oleh kerajaan BN hari ini. Agensi-agensi kerajaan seperi Jabatan Kemajuan Masyarakat (KEMAS), Seranta Felda, Jabatan Hal Ehwal Khas (JASA) dan Biro Tata Negara (BTN) tidak lagi berkhidmat untuk menguatkan parti pemerintah, tetapi berkhidmat untuk kepentingan rakyat.

• Tambahan pula pelantikan peneraju syarikat-syarikat berkaitan kerajaan (GLC), agensi-agensi kerajaan seperti Felda, Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD), Majlis Amanah Rakyat (MARA) dan lain-lain akan dibuat bukan kerana jawatan politik, tetapi berasaskan kepada kepakaran dan kebolehan.

6. Kenapa Kelantan tidak laksanakan Kerajaan Teknokrat?


• Sebahagian dari idea kerajaan teknokrat telah dilaksanakan di Kelantan melalui pelantikan EXCO yang mempunyai kepakaran yang sesuai dengan portfolio mereka. Skop bidangkuasa kerajaan negeri adalah terhad kepada beberapa bidang kuasa seperti yang berkaitan dengan hal ehwal Islam, tanah dan kerajaan tempatan, maka skop kepakaran yang dikeperluan juga adalah tidak sama dengan kerajaan Persekutuan. Walau bagaimana pun penambahbaikan perlaksanaan konsep ini di Kelantan akan ditambah baik dari masa ke masa.

7. Bagaimana aplikasi Kerajaan Teknokrat di Malaysia?


• Dalam konteks Malaysia, kerajaan teknokrat mempunyai fungsi utama bagi meningkatkan penglibatan golongan pakar, teknokrat dan professional sesuai dengan bidang tugas mereka dalam pemerintahan negara untuk memacu pembangunan ekonomi dan mengatasi masalah ketirisan serta rasuah.

• Usaha ke arah KT telah berjalan melalui pemilihan calon-calon GS dlm PRU-14. Mereka yang berkepakaran dalam bidang-bidang yang diperlukan telah diberikan kepercayaan sebagai calon di peringkat Parlimen dan DUN untuk dilantik sebagai Menteri dan Exco kerajaan negeri.

• Selain itu, tokoh tertentu telah diletakkan sebagai persediaan untuk memegang jawatan sebagai PM, TPM, dan MB. Calon-calon dan tokoh-tokoh yang dicadangkan ini akan dilantik bukan kerana jawatan politik mereka, tetapi kerana kepakaran yang dimiliki.

• Di samping itu, jika wujud keperluan, beberapa orang tokoh terkemuka akan dilantik sebagai Senator bagi dilantik sebagai Menteri dalam kerajaan teknokrat nanti.

• Elemen yang penting dalam KT nanti ialah untuk membina sebuah kerajaan unggul, cekap, mesra yang datang dari rakyat dan untuk kesejahteraan rakyat. Manakala, parti politik hanya sebagai institusi penyedia sokongan dan pemudahcara kepada pemimpin dari kalangan teknokrat.

• Selain itu, antara elemen penting kerajaan teknokrat ialah ia akan mengasingkan secara jelas di antara entiti kerajaan dan parti politik. Badan-badan kerajaan seperi KEMAS, Seranta Felda, Jabatan Hal Ehwal Khas (JASA), Biro Tata Negara (BTN) dan seumpamanya tidak akan digunakan sebagai jentera politik seperti yang berlaku sekarang.

8. Apakah ciri-ciri calon Menteri Teknokrat yang PAS ingin ketengahkan?


• Kompetensi
o Mempunyai kepakaran dalam bidang berkaitan
o Berpengalaman mentadbir & mengurus
o Track record, pengiktirafan dan anugerah dalam bidang

• Berintegriti

• Adil

• Berilmu

• Berkemampuan

Sumber:

https://www.facebook.com/JProDPPM/photos/pcb.1993584234290738/1993581797624315

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo