NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

PAS jadi 'kingmaker' di Perak


PRU14 | Di saat beberapa negeri lain sudah diketahui pihak yang akan membentuk kerajaan, keadaan berbeza di Perak apabila tiada pihak yang mendapat majoriti mudah.


Suruhanjaya Pilihan Raya sebentar tadi mengumumkan keputusan rasmi peringkat DUN negeri itu, dengan BN menang di 27 kerusi, HARAPAN 29 dan PAS tiga.

Perak mempunyai 59 kerusi DUN, maka majoriti mudah yang diperlukan untuk membentuk kerajaan negeri adalah 30 kerusi.

Ia menyebabkan DUN Perak menjadi tergantung.

Dalam keadaan itu, PAS berpeluang menjadi 'kingmaker' apabila pihak yang dipilihnya untuk bergabung - sama ada BN atau HARAPAN - akan mempunyai majoriti mudah untuk membentuk kerajaan negeri.

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo