NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

PAS adakan mesyuarat khas pembentukan kerajaan Kedah

0
PAS ada dasarnya dan kita ada majlis syura berdasarkan Islam...kita akan lihat mana (parti) yang lebih memberi kebaikan kepada Islam dan rakyat,

PAS adakan mesyuarat khas pembentukan kerajaan Kedah


KUALA TERENGGANU, 10 Mei (Bernama) -- PAS akan mengadakan satu mesyuarat khas bagi menentukan bentuk kerjasama sama ada dengan Barisan Nasional (BN) atau Pakatan Harapan (PH) untuk memudahkan penubuhan kerajaan Kedah dalam masa terdekat.

Presidennya Datuk Seri Abdul Hadi Awang berkata pada masa ini, semua parti yang bertanding di Kedah tidak dapat menubuhkan kerajaan kerana tiada pihak berjaya mendapat majoriti mudah pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14).

"Kita menjadi penentu dalam pembentukan kerajaan Kedah dan kita akan bincang dalam mesyuarat khusus di peringkat pusat.

"InsyaAllah kita akan jemput kepimpinan pusat seberapa segera," katanya ketika ditemui pemberita selepas Majlis Angkat Sumpah Menteri Besar Terengganu di Istana Syarqiyyah, Chendering di sini, malam ini.

Ditanya pihak mana lebih menjadi keutamaan dalam kerjasama itu, Abdul Hadi berkata PAS akan melihat kecenderungan pihak boleh menyesuaikan polisi mereka dengan dasar Islam yang menjadi pegangan PAS.

"PAS ada dasarnya dan kita ada majlis syura berdasarkan Islam...kita akan lihat mana (parti) yang lebih memberi kebaikan kepada Islam dan rakyat," katanya.

Daripada 36 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) di Kedah, PKR memenangi 18 kerusi, PAS (15) dan BN memperoleh tiga kerusi.

-- BERNAMA


Sumber:
http://www.bernama.com/bm/am/news.php?id=1463080

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo